Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef siasat dakwaan muka budak lecur akibat percikan bunga api NDP

Aug 21, 2023 | 06:52 PM



Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan teliti ke atas satu dakwaan yang dibuat seorang wanita bahawa anaknya mengalami kelecuran di muka akibat percikan bunga api pada Hari Kebangsaan 9 Ogos lalu.

Ketika menonton pertunjukan bunga api pada Hari Kebangsaan di Our Tampines Hub (OTH), seorang kanak-kanak perempuan dikatakan mengalami kelecuran tahap pertama yang dialami di mukanya.

Ibunya, yang mendakwa anaknya telah terkena “percikan bunga api”, telah menceritakan pengalaman tersebut dalam satu video Tiktok pada 12 Ogos.

Kejadian itu berlaku di Our Tampines Hub, salah satu lokasi kejiranan di mana pertunjukan bunga api diadakan sempena sambutan ulang tahun Singapura yang ke-58 pada 9 Ogos.

Mindef berkata Jawatankuasa Eksekutif Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 dan Majlis Sukan Singapura (SportSG) tahu akan catatan media sosial tersebut.

“Kami sedang menjalankan siasatan teliti ke atas maklum balas anggota awam itu. Pemeriksaan kami sejauh ini menunjukkan bahawa kakitangan perubatan di tempat kejadian telah memberikan bantuan perubatan yang tepat pada waktunya, dan butiran kontak ditukar untuk memudahkan sebarang tindakan susulan. Kami juga telah menghubungi anggota awam itu untuk mendapatkan lebih banyak butiran mengenai kejadian tersebut dan menghulurkan bantuan lanjut,” kata Mindef.

Dalam video pengguna TikTok yang dikenali sebagai  ‘Dhiah Amore’, wanita tersebut berkata anaknya yang mengambil video bunga api dan keluarga tersebut berdiri “jauh daripada jarak selamat”.

Namun, sewaktu pertunjukan itu, anak perempuannya tiba-tiba menjerit kesakitan sebelum memalingkan mukanya ke bawah.

“Kami mengalami trauma dan berlari ke sana sini untuk mencari bantuan perubatan,” dakwanya.

Beliau mendakwa bertemu dengan seorang pengawal keselamatan tetapi pengawal itu tidak tahu di mana stesen bantuan perubatan dan membawa mereka ke bilik kawalan keselamatan.

Setelah meminta kit pertolongan cemas, wanita itu sebaliknya diberikan tisu basah. Pengawal keselamatan pula cuba mencari ambulans menerusi skrin keselamatan, tulisnya.

Pengawal keselamatan kemudian menunjukkan jalan dan keluarga itu kemudian mencari ambulans sendiri di mana kakitangan perubatan di sana mengesahkan kanak-kanak perempuan itu didakwa mengalami kelecuran tahap pertama.

Keluarga itu diberikan botol air dan kain kasa untuk merawat kelecuran budak perempuan itu dan ayahnya membeli gel lidah buaya dari farmasi berdekatan.

Kakitangan perubatan itu kemudian memeriksa keadaan perempuan itu sebelum meninggalkan keluarga tersebut.

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa anaknya mengalami kemerah-merahan pada kulit mukanya, dan rasa kelecuran berdekatan matanya.

Beliau turut menunjukkan warna oren di lantai, di mana anaknya berdiri, sebagai bukti di mana anaknya mungkin “terkena percikan bunga api”.

Mindef berkata keselamatan peserta dan mereka yang hadir bagi acara NDP merupakan keutamaan buat mereka.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa bagi pertunjukan bunga api, termasuk di Our Tampines Hub pada 9 Ogos 23, langkah keselamatan seperti kepungan jarak selamat antara tempat melancarkan bunga api dan mereka yang hadir, kawalan akses ketat ke tempat pelancaran, pemantauan kelajuan angin, serta ambulans dan kakitangan perubatan di tapak, semuanya sedia,” kata Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >