Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM izin gajikan jurukemas, porter bukan dari sumber tradisional mulai 1 Sep

Aug 15, 2023 | 06:53 PM



Sektor perhotelan akan dapat menggajikan lebih ramai jurukemas dan porter (pengangkut barangan) setelah pemerintah melonggarkan kelulusan permit kerja bagi golongan ini mulai 1 September, dengan membolehkan sumber tenaga diambil daripada Bukan Sumber Tradisional (NTS), sebagaimana diusulkan semasa Jawatankuasa Perbekalan (COS) 2022.

Langkah ini bermakna ada tambahan kepada tujuh pekerjaan dalam Senarai Pekerjaan NTS yang telah diumumkan sebelum ini.

Menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa, langkah itu diputuskan selepas perundingan diadakan bersama Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

“Senarai Pekerjaan NTS bertujuan membantu firma menyesuaikan diri dengan kenaikan gaji dan levi kelayakan Pas S dengan membenarkan mereka mengakses pemegang permit kerja NTS untuk pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja yang mendesak, tetapi melihat pengambilan yang rendah oleh penduduk tempatan dan lebih sukar untuk diautomasikan,” kata MOM.

Pengarah eksekutif Persatuan Hotel Singapura, Cik Margaret Heng, mengalu-alukan penambahan pekerjaan jurukemas atau dalam istilah Inggeris ‘housekeeper’ dan pengangkut barangan ke dalam Senarai Pekerjaan NTS ekoran landskap pengambilan bakat yang semakin mencabar bagi kedua-dua pekerjaan itu.

“Dengan langkah kritikal ini, hotel kini boleh memanfaatkan sumber bukan tradisional untuk mengurangkan cabaran operasi dan menjaga reputasi Singapura sebagai destinasi pelancongan pilihan,” kata Cik Heng.

Dalam kenyataan yang sama, MOM juga mengumumkan bahawa restoran India juga akan dapat mengambil tukang masak dari India, Bangladesh dan Sri Lanka di peringkat permit kerja di bawah Senarai Pekerjaan NTS bagi menyokong budaya makanan pelbagai etnik Singapura dengan lebih baik.

Sebelum ini, restoran secara lazimnya mengambil pemegang permit kerja dari Malaysia, China, Hong Kong, Macau, Korea Selatan dan Taiwan.

“Kami menghargai usaha pemerintah untuk menghasilkan skim Senarai Pekerjaan NTS untuk membenarkan restoran India mengambil tukang masak di peringkat permit kerja. Ini akan membantu kami menyajikan masakan asli India dan memelihara warisan India di Singapura,” kata Encik S. Mahenthiran, ketua pegawai eksekutif Penyelesaian Katering dan Setiausaha Kehormat Persatuan Restoran India Singapura.

Menurut MOM, restoran India yang ingin mengambil pemegang permit kerja NTS boleh mengemukakan permohonan mereka menerusi laman web MOM mulai 1 September 2023.

“Permohonan akan dinilai kelayakan mereka oleh panel yang terdiri daripada pihak berkepentingan industri dan pemerintah dalam masakan India. Restoran India yang layak boleh selepas itu mengemukakan permohonan permit kerja mereka melalui permit kerja dalam talian (WPOL) MOM,” tambahnya.

Bagi majikan yang ingin mengambil pekerja NTS, mereka dikehendaki membayar pekerja NTS gaji tetap sekurang-kurangnya $2,000 sebulan.

Pekerja NTS juga harus merangkumi 8 peratus atau lebih rendah daripada jumlah tenaga kerja majikan, tidak termasuk pemegang pas pekerjaan, dan mereka juga dikehendaki melakukan pekerjaan yang dinyatakan di dalam permit kerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >