Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MPA undang kemuka saranan reka bentuk, galak guna kapal pelabuhan elektrik

Jul 11, 2023 | 06:01 PM



Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) telah melancarkan seruan bagi pernyataan minat (EOI) khusus untuk mengundang usul bagi reka bentuk dan menggalak penggunaan kapal pelabuhan elektrik sepenuhnya di Singapura pada Isnin.

MPA berkata EOI itu akan membolehkan pihak berkuasa menilai dan mengesahkan cadangan bagi reka bentuk kapal pelabuhan elektrik sepenuhnya yang terbaik dan paling jimat kos.

Ini termasuk piawaian reka bentuk dan garis panduan bagi struktur kapal yang dioptimumkan dari segi kecekapan, pengurusan bateri bersepadu dan sistem penyimpanan tenaga, serta sistem keselamatan penting seperti keselamatan siber dan keupayaan memadam kebakaran.

Reka bentuk sedemikian akan melengkapkan keupayaan penyelidikan setempat untuk membangunkan kapal pelabuhan elektrik sepenuhnya bagi pelbagai kegunaan, kata MPA.

EOI itu juga mengundang cadangan untuk memaparkan daya maju komersial model perniagaan yang berbeza serta bagaimana ia boleh diperluas, untuk memenuhi permintaan di Pelabuhan Singapura.

Langkah itu akan memudahkan pembangunan model pembiayaan ‘hijau’ untuk membangunkan kapal pelabuhan elektrik sepenuhnya, kata MPA.

“Dengan reka bentuk sedemikian dan langkah menggabungkan permintaan, kami berharap dapat mengurangkan bayaran pendahuluan dan kos operasi bagi kapal pelabuhan baru.

“Ini juga akan menyokong pembangunan pilihan pembiayaan ‘hijau’ dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja maritim kami,” kata ketua eksekutif MPA, Encik Teo Eng Dih.

EOI tersebut akan bermula dengan memberi tumpuan pada reka bentuk serta menyokong peralihan kapal pelabuhan yang lebih kecil menjadi elektrik sepenuhnya.

Setakat ini, MPA berkata terdapat sekitar 400 kapal pelabuhan kecil yang digunakan, daripada sektitar 1,600 kapal pelabuhan yang menjalankan pelbagai perkhidmatan marin di Pelabuhan Singapura.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memerlukan semua kapal pelabuhan yang beroperasi di Pelabuhan Singapura untuk sama ada menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya, berupaya menggunakan bahan api biologi B100, atau setara dengan bahan api sifar karbon seperti hidrogen mulai 2030.

Pengendali harus memaklumkan kepada MPA tentang sebarang rancangan kapal pelabuhan baru mulai Januari 2027, lebih awal daripada matlamat 2030, untuk memberi masa bagi sebarang pelarasan reka bentuk.

Pihak yang berminat boleh melungsuri laman web MPA bagi butiran lanjut dan mengemukakan cadangan mereka selewat-lewatnya 11.59 malam pada 15 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >