Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis komited kekang ajaran sesat

Aug 01, 2023 | 04:34 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengekang ajaran sesat daripada berakar di sini.

Ia mengatakan demikian dalam satu kenyataan kepada Berita Harian menyusuli pendakwaan seorang lelaki di mahkamah atas dua tuduhan di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla).


Pada Selasa, Mohd Razif Radi, 65 tahun, didakwa mengajar doktrin yang bertentangan dengan syariah dan mengendalikan sebuah sekolah agama tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

“Muis kekal komited menyediakan bimbingan agama yang betul dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang penyebaran ajaran sesat daripada berakar di Singapura,” ujar kenyataan itu.

Muis berkata ia tidak boleh mengulas tentang kes itu kerana ia masih ditangani di mahkamah. Namun, Muis berkata ia memandang serius terhadap aduan mengenai individu yang dipercayai menyebar ajaran palsu dan sesat.

Muis berkata ia bersama Jawatankuasa Fatwa menyemak aduan kes itu dan membuat laporan polis pada 24 Ogos 2021.

Muis turut menggesa masyarakat Islam supaya merujuk dan menerima bimbingan agama daripada asatizah bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >