Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ACARA 'SALAM SINGAPORE'

Muis kongsi jaya dengan masyarakat

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



PESTA masyarakat Salam Singapore, yang dianjurkan sempena sambutan jubli emas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dirasmikan semalam.



Pelancaran acara yang berlangsung di Our Tampines Hub (OTH) itu dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Amrin Amin.



"Pesta masyarakat tiga hari ini bertujuan mengiktiraf rakan kerja dan pihak berkepentingan Muis daripada sektor awam dan swasta, serta pertubuhan dan pemimpin masyarakat serta relawan," ujar Encik Amrin, semasa memberi ucapan dalam acara itu.



Sambutan ulang tahun ke-50 Muis itu bertemakan Semarak Langkah. Berjiwa Rahmah, yang melambangkan komitmen Muis mahu bekerjasama dengan masyarakat bagi memenuhi keperluan dan aspirasi yang berubah, katanya.



Hari ini, Muis menyediakan pelbagai khidmat seperti pengurusan haji, pensijilan halal, pengurusan wakaf serta pungutan zakat.



Banyak juga pelaburan yang disalurkan kepada masjid dan madrasah serta latihan berterusan asatizah.



"Pelbagai usaha ini memastikan kita boleh mendapatkan pendidikan serta bimbingan Islam bermutu, dan menjalani kehidupan bermakna sebagai orang Muslim dalam Singapura yang berbilang kaum dan agama," ujarnya.



Selain menyediakan perkhidmatan sosioagama, Muis berusaha memupuk masyarakat yang lebih penyayang dan bersatu padu.



"Usaha ini sebahagian nilai Islam yang mengajak kita berbuat baik dengan semua, baik orang Islam mahupun bukan Islam," katanya.



Beliau memberi contoh projek pembelajaran berlandaskan khidmat di bawah program pendidikan aLIVE buat kanak-kanak.



Dalam projek itu, pelajar mengecat magnet peti ais untuk dijual bagi mengumpul dana buat Club Rainbow.



Salam Singapore menyajikan lima acara utama dan pelbagai acara sampingan lain hingga Ahad ini.



Lima acara itu ialah forum pendidikan EduForum; acara belia Youth Talkfest; Bicara Perdana Mufti bersama Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram; Pesta Keluarga Masjid; dan Konvensyen Masjid 2018.



Terdapat juga reruai dan kegiatan lain seperti Galeri Realiti Terimbuh (AR) mengenai pelbagai aspek kehidupan keagamaan di Singapura.



Masyarakat Islam Singapura sudah mencatat banyak kemajuan sejak 50 tahun lalu, kata Encik Amrin.



"Kami harus berbangga dengan pencapaian kami tetapi pada masa sama kami harus kekal rendah hati dan terus mengorak langkah dengan penuh ihsan sedang kami membina masyarakat cemerlang," kata Encik Amrin.



'Akhbar BH dekati masyarakat' 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >