Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid S’pura juara pertandingan congkak kanak-kanak di Sepang

Nov 27, 2023 | 03:16 PM



Sedang ramai murid sekolah rendah Singapura gemar bersaing dalam permainan komputer, dua adik-beradik menyertai satu pertandingan congkak di Malaysia baru-baru ini.

Malah si adik, Muhammad Ebrahim Musdalifa, lapan tahun, muncul juara pertandingan di pusat beli-belah Kipmall di Kota Warisan di Sepang, Selangor, itu.

Padahal, penyertaan mereka dalam pertandingan itu Sabtu lalu bukan sesuatu yang dirancang.

Muhammad Ebrahim dan abangnya, Muhammad al Emran, 11 tahun, menyertai pertandingan itu apabila keluarga mereka bercuti di sana kerana cuti sekolah dan berkunjung ke pusat beli-belah itu.

Apabila terdengar pengumuman tentang pertandingan tersebut akan berlangsung, Ebrahim menggesa ibu mereka Cik Noorhudah Marican, memberinya peluang menyertai pertandingan itu.

Pertandingan congkak itu diadakan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak di Malaysia yang jatuhnya pada 20 November.

Menurut Cik Noorhudah, 44 tahun, anak-anaknya memang biasa bermain permainan tradisional itu sejak kecil.

“Dari kecil mereka sudah biasa dengan congkak, kerana kami sekeluarga memang main congkak bersama-sama. Begitu juga dalam kalangan keluarga saya, dan keluarga bapanya juga.

“Jadi dari umur empat ke lima tahun, mereka memang sudah pandai bermain congkak,” kata ibu empat anak itu.

Pertandingan itu disertai 12 kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun. Ia dijalankan secara kalah, dengan peserta yang mengalahkan lawannya mara ke pusingan seterusnya.

Menurut Cik Noorhudah, ada sedikit perbezaan dalam peraturan permainan yang membuat anak-anaknya keliru sewaktu bermain.

“Di sini, untuk ‘menembak’ rumah bertentangan, kita harus pusing satu pusingan dahulu tapi semasa pertandingan itu, kami baru tahu ada cara lain.

“Dalam pertadingan itu, satu langkah suka cukup untuk ‘tembak’ dan ‘makan’ inti rumah bertentangan. Ini membuat Emran keliru dan hilang satu markah,” katanya.

Namun, Ebrahim berjaya menjadi juara pertandingan itu, memenangi hadiah makanan dan set alat tulis. Emran meraih tempat ketiga.

“Hadiahnya tidak seberapa, tetapi saya rasa penting untuk terapkan cinta pada budaya dalam diri anak-anak kita. Lagipun permainan ini seronok dan dapat merapatkan hubungan keluarga,” ujar Cik Noorhudah.

Apabila ditanya apa perasaannya menjadi juara, Ebrahim hanya dapat berkata: “Saya rasa gembira dan bangga.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >