Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Musim Grand Prix Singapura kembali lebih gah

Aug 29, 2023 | 03:17 PM



Musim Grand Prix Singapura (GPSS) kembali pada 8 hingga 17 September dengan pesta kejiranan di empat lokasi dan rangkaian pengalaman gaya hidup bertemakan perlumbaan di seluruh negara.

GPSS diadakan sempena perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) 2023 dan menggalak warga Singapura, tidak kira usia dan minat, serta pelancong meneroka Singapura secara mendalam.

“Tawaran yang tersedia merentasi pelbagai aspek, seperti tempat makan, hiburan dan pameran runcit yang terbaik, yang mempamerkan pengalaman gaya hidup Singapura, yang boleh dinikmati oleh kedua-duanya, penduduk tempatan dan pelawat,” kata Cik Ong Ling Lee, Pengarah Eksekutif, Sukan dan Kesejahteraan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Pesta bertemakan perlumbaan akan diadakan di empat lokasi berbeza tetapi saling berkaitan di Orchard Road, Clarke Quay, Kampong Gelam dan Sentosa.

‘Revolutions: The GPSS Immersive Experience’ (Revolusi: Pengalaman GPSS yang Mengayikkan) – sebuah pertunjukan cahaya dan bunyi berteknologi tinggi sebagai penghormatan kepada individu, pencapaian dan aspirasi Singapura – menjadi acara utama GPSS di Orchard Road.

Ia dipersembahkan oleh artis tempatan Brandon Tay.

‘Orchard Pit Shops: GPSS Lifestyle Bazaar’ juga akan diadakan di Orchard dengan gerai menjual produk khas, makanan dan minuman, serta menawarkan muzik dan seni pemasangan.

Clark Quay pula akan mempunyai kedai-kedai runcit pop-up di ‘CQ Street Market’n selain acara seperti kecergasan, liga e-sukan permotoran, dan lain-lain.


Peminat muzik juga boleh ke Clark Quay untuk menikmati acara ‘Music Matters Live’, sebuah festival muzik yang mengetengahkan persembahan oleh penyanyi tempatan Nathan Hartono dan Sezairi, selain artis dari 12 negara lain.

TRADISI BERTEMU KEMODENAN DI KAMPONG GELAM

‘Culturally Singapore’, sebuah persembahan visual; ‘GPSS Food Park’, sebuah acara yang mengetengahkan makanan tempatan dan antarabangsa; ‘Singapore Stories: Miniatures of the Past’, pemeran seni dan kraf artis tempatan Wilfred Cheah; dan ‘Haji Lane Blockbuster’, tempat untuk peminat muzik menari.

Inilah antara acara yang akan diadakan di Kampong Gelam.

Dalam pada itu, Sentosa akan mengadakan ‘Siloso Beachwalk Bazaar’, yang menjanjikan pelbagai makanan dan tempat membeli-belah.

‘GPSS Beach Feastable’ pula mengajak orang ramai menikmati makanan tempatan secara al-fresco di tepi pantai.

Peminat kereta pula boleh menikmati pameran kereta vintaj dan klasik yang diadakan di Sentosa pada 8 September.

Untuk senarai penuh acara yang disediakan, lungsuri http://www.visitsingapore.com/gpss.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >