Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim di S’pura sambut Aidiladha pada 29 Jun

Jun 19, 2023 | 01:43 PM



Muslim di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun, umum Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Ahad.

Dalam satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Ahad, beliau menyatakan bahawa mengikut kiraan hisab, anak bulan tidak dilihat di atas ufuk Singapura setelah terbenam matahari pada Ahad petang – menandakan awal Zulhijah bermula pada 20 Jun.

Hari Raya Haji, yang juga dikenali sebagai Aidiladha, disambut pada hari ke-10 Zulhijah.

Dr Nazirudin berkata: “Mari kita sambut bulan ini dengan lebih banyak beramal soleh dan berdoa bagi keselamatan jemaah haji kita.”

Kira-kira 900 Muslim dari Singapura akan menunaikan haji pada 2023, satu kewajipan sekali seumur hidup bagi setiap Muslim yang berkemampuan.

Muis mengumumkan pada Januari bahawa peruntukan Singapura bagi haji tahunan pada 2023 adalah 900 tempat, jumlah sama sebelum permulaan wabak Covid-19.

Arab Saudi menjangka menyambut lebih dua juta jemaah haji dari seluruh dunia pada musim haji 2023.

Perayaan Hari Raya Haji juga menyaksikan upacara korban yang melibatkan penyembelihan haiwan ternakan seperti kambing dan lembu. Daging itu kemudiannya diagihkan kepada saudara Islam dan mereka yang memerlukan.

Upacara korban sebelum ini diadakan di masjid setempat, namun diubah suai pada 2020 di tengah-tengah pandemik Covid-19, dengan kambing biri-biri dikorbankan di Australia dan dagingnya disejukkan, sebelum dibawa ke Singapura.

Muis mengesahkan pada Mei lalu bahawa aturan itu akan diteruskan pada 2023.

Sebanyak 52 masjid menawarkan khidmat korban di luar negara itu, dengan pendaftaran ditutup pada 23 Jun.

Berita Harian melaporkan bahawa setakat Jumaat lalu, sekitar 80 peratus ekor kambing sudah ditempah untuk ibadah korban menerusi SalamSG Korban kendalian Muis itu.


Pengerusi SalamSG Korban, Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan, berkata sebanyak 4,500 ekor kambing korban disediakan bagi ibadah korban pada 2023.

Sementara itu, seramai 718,030 anggota jemaah pelbagai negara tiba di Madinah melalui pintu masuk udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini, lapor agensi berita, Saudi Press Agency, pada Sabtu.


Jawatankuasa Haji dan Lawatan berkata menerusi laporan perangkaan, jumlah ketibaan pada Sabtu mencecah 29,090 jemaah, yang mana 25,962 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.

Pihak berkuasa di Madinah bekerja sepanjang masa untuk mengikuti perkembangan jemaah haji yang tiba melalui pelabuhan, udara dan darat bagi memastikan pengalaman terbaik bagi pelawat menunaikan ibadah haji tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >