Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim S’pura prihatin konflik Gaza berterusan, akur perlu tenang, beri respons membina

Solat hajat di masjid, kutipan derma bantuan kemanusiaan dianjur, Khutbah Jumaat seru sumbang ke arah kebaikan
Oct 21, 2023 | 05:30 AM



Muslim di Singapura berdukacita dan prihatin berhubung konflik Israel-Palestin yang kian meruncing di Jaluran Gaza, tetapi akur perlu memberi respons yang tenang dan membina dalam mengharungi situasi tersebut.

Mereka turut akur bahawa konflik itu tidak seharusnya menjejas keamanan dan hubungan harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.

Demikian menurut tinjauan Berita Harian (BH) ke atas individu, para akademik dan wakil-wakil pertubuhan Melayu/Islam yang dihubungi baru-baru ini.


Pada Jumaat, sekitar 30 masjid di Singapura mendirikan solat hajat, dengan beberapa lagi masjid dijangka mengadakannya hampir setiap hari sehingga 29 Oktober ini.

Menggesa masyarakat Muslim di sini menyertai solat khas itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dalam kenyataannya pada Khamis, berkata ia ditujukan kepada mangsa konflik, dengan harapan keamanan dan kestabilan kembali dalam hidup mereka.

Khutbah Jumaat yang disampaikan di serata masjid pada 20 Oktober turut menekankan peri penting respons dan huraian yang membina bagi konflik yang sejauh ini telah meragut ribuan nyawa.

Ia menyatakan: “Sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian, kita benci dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya penumpahan darah dan apa jua bentuk kezaliman yang menimpa jiwa-jiwa yang tidak berdosa. Justeru, huraian bagi krisis ini amat diperlukan dan sebaik-baik penyelesaian adalah pencapaian kedamaian dan semua bentuk kekerasan dihentikan. Penyelesaian kepada suatu permasalahan atau konflik itu memerlukan kepada langkah-langkah yang membina lagi membangun.”


Bercakap kepada media Singapura di Riyadh, Arab Saudi, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau senang hati kerana walaupun masyarakat di Singapura rasa resah akibat konflik di Gaza, ia tidak meluahkannya secara kasar dan tidak melakukan aksi keganasan mahupun berperang di Palestin, seperti di negara lain. Encik Masagos berada di sana kerana menyertai rombongan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong yang mengadakan kunjungan rasmi.


Buat masa ini, masyarakat Islam setempat telah menunjukkan sikap rasional dan ingin membantu, termasuk dari segi kewangan.

Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), pada Khamis, berkata ia telah mengumpulkan lebih setengah juta dolar dalam tempoh 24 jam pertama usaha mengumpul dana bantuan kemanusiaan konflik di Gaza.

Menjawab pertanyaan BH mengenai reaksi masyarakat Islam di sini terhadap konflik dan ketegangan di Timur Tengah, pengamat sosiopolitik, Dr Mustafa Izzuddin, berkata mereka telah menunjukkan sikap yang tenang dan matang dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan agama dan budaya.


Menambah, Dr Mustafa, Penganalisis Kanan Hal Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, berkata respons masyarakat Islam setempat ini memainkan peranan penting dalam memelihara keharmonian antara berbilang kaum di negara ini. 

“Mereka tidak terpengaruh oleh reaksi melampau atau radikalisme, dan ini adalah satu contoh yang baik untuk negara-negara lain di rantau ini,” ujarnya.

Konflik Israel-Palestin terkini bermula selepas Hamas melancarkan serangan di selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 orang terbunuh.

Israel telah membalas serangan itu dengan bedilan udara ke atas Jaluran Gaza yang dikuasai Hamas. Tindakan tentera Israel itu telah meragut hampir 3,800 orang di Gaza.

Pada Jumaat, AMP Singapura menyertai beberapa pertubuhan Melayu setempat yang menyuarakan keprihatinan terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza.

Menjawab pertanyaan BH, pengerusi AMP Singapura, Dr Md Badrun Nafis Saion, berkata keadaan di Gaza menekankan pentingnya masyarakat memahami krisis yang sedang berlaku dan bersikap bertanggungjawab apabila berkongsi maklumat atau berita dalam talian.


“AMP menyeru rakyat Singapura untuk terus kekalkan perpaduan kaum dan agama kita dan tidak membenarkan krisis ini menyebabkan sikap perpecahan di sini seperti yang kita lihat di negara lain,” ujar beliau.

Pengasas syarikat Crazycat, Cik Sarah Bagharib, berkata perpaduan dalam kalangan warga Singapura, dalam memperjuangkan nilai kemanusiaan terserlah di tengah-tengah krisis ini.


Berkongsi pandangan, pengarah bersekutu di syarikat perhubungan awam (PR) Asia PR Werkz, Cik Nurul Huda Abdul Rasheed, 36 tahun, berkata memelihara keharmonian antara masyarakat berbeza di Singapura adalah penting dalam saat mencabar di mana emosi sebahagian anggota masyarakat terjejas.

“Adalah penting untuk kita meluahkan rasa simpati terhadap mangsa konflik dengan cara lebih aman dan membina. Ini dapat dilakukan melalui dialog terbuka, acara kemasyarakatan dan acara aman yang menekankan perpaduan dan empati, dan bukan perpecahan,” kata Cik Nurul Huda. – Laporan tambahan oleh Nizam Ismail & Siti Aisyah Nordin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >