Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN

Presiden Tharman, PM Lee kirim takziah kepada Penguasa Palestin

Oct 19, 2023 | 01:38 PM



Para pemimpin Singapura pada Rabu telah mengirimkan surat kepada rakan sejawatan mereka di Palestin untuk menyampaikan ucap takziah atas kehilangan nyawa besar-besaran rakyat yang tidak bersalah di Jaluran Gaza.

Presiden Tharman Shanmugaratnam telah menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Penguasa Palestin, Dr Mahmoud Abbas, dengan melahirkan rasa simpatinya terhadap mereka yang cedera dan keluarga yang berduka menyusuli situasi kemanusiaan yang teruk di Jaluran Gaza.

Dalam surat takziahnya itu pada Rabu malam, Encik Tharman melahirkan keprihatinan terhadap situasi tersebut serta kehilangan jiwa yang besar dan kesengsaraan yang dialami orang awam tidak bersalah.

“Ini timbul menyusuli operasi ketenteraan Israel sebagai respons kepada serangan oleh Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober.

“Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan rasa simpati mendalam kepada mereka yang cedera dan keluarga yang berduka,” tulisnya.

Dalam suratnya itu, beliau turut menggesa semua pihak agar berusaha sedaya-upaya melindungi keselamatan dan keamanan orang awam, dengan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan membenarkan penghantaran segera bantuan kepada orang awam yang terjejas di Jaluran Gaza.

Encik Tharman turut mengulangi pendirian Singapura bahawa konflik Israel dengan Palestin hanya dapat diselesaikan menerusi perbincangan huraian dua negara yang konsisten dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini akan membolehkan kedua-dua warga Palestin dan Israel hidup bersama dalam keamanan dan keselamatan serta dalam keadaan bermaruah.

“Saya berharap semua pihak akan mencari jalan untuk mencapai matlamat kritikal ini,” tulis Encik Tharman.

Sementara itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, juga telah mengutus surat takziah kepada Perdana Menteri Penguasa Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh, susulan keadaan di Jaluran Gaza, termasuk letupan besar di sebuah hospital di sana.

Dalam suratnya itu, beliau melahirkan rasa amat sedih dek keadaan kemanusiaan yang teruk di Jaluran Gaza serta orang awam Palestin yang terkorban.

“Bagi pihak pemerintah Singapura, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban.

“Singapura berharap semua pihak yang terlibat akan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta mencuba sedaya upaya untuk memastikan keselamatan orang awam,” kata Encik Lee.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, juga telah mengutuskan surat takziah kepada Menteri Luar dan Ekspatriat Penguasa Palestin, Dr Riad Al Malki, dengan melahirkan rasa sedihnya atas keadaan di Jaluran Gaza serta kehilangan jiwa di Hospital Ahli Arab pada 17 Oktober.

Dalam suratnya bertarikh 18 Oktober, Dr Balakrishnan melahirkan rasa takziah yang mendalam kepada keluarga yang terjejas.

“Saya juga amat bimbang dengan situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Jaluran Gaza.

“Pemerintah Singapura, Palang Merah Singapura dan warga Singapura sedang mengumpul dana untuk menyokong keperluan kemanusiaan di Gaza.

“Kami juga menyokong seruan antarabangsa bagi bantuan kemanusiaan untuk dihantar ke Jaluran Gaza atas dasar yang mendesak,” tulis beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >