Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas maut di Tanjong Pagar: Wanita didenda $5,000 kerana pandu secara berbahaya

Apr 03, 2023 | 05:17 PM



SEORANG wanita yang memandu pada tahap kelajuan berlebihan di Tanjong Pagar telah didenda $5,000 dan hilang lesen memandu selama tiga tahun.



Phoo Yi Lin, 26 tahun, mengakui pada hari Isnin bahawa dia telah memandu kereta putih BMW M4 dengan berbahaya pada kira-kira 5.35 pagi pada 13 Februari 2021.



Hakim Daerah Cik Salina Ishak menyatakan bahawa Phoo telah meminum alkohol sebelum dia memandu pada pagi itu, di mana dia mencatatkan tahap kelajuan 109 kilometer sejam (kmj) di sepanjang Tanjong Pagar Road. Had kelajuan jalan tersebut ialah 50 kmj.



Kes tersebut berkait dengan kemalangan maut di Tanjong Pagar pada 2021 yang melibatkan kematian rakannya, Encik Jonathan Long Junwei, 29 tahun, serta empat orang penumpang lain, apabila kereta yang dipandu Encik Long terbakar akibat kemalangan.



Phoo telah memandu kereta itu sebelum kemalangan itu berlaku.



Beberapa jam sebelum tragedi itu, Encik Long dan rakan-rakannya telah minum alkohol di sebuah perhimpunan Tahun Baru Cina di Ang Mo Kio.



Mereka kemudiannya bertolak ke restoran Hong Jja Jang di Tanjong Pagar Road yang diuruskan oleh rakan mereka Encik Park Se Jin. Di sana, mereka sambung minum alkohol. 



Menurut seorang saksi, Encik Long telah menunjukkan kereta BMW barunya kepada rakan-rakannya. Mereka kemudiannya mengambil giliran memandu di sekitar kawasan Tanjong Pagar.



Phoo, yang merupakan warga Malaysia, adalah pemandu ketiga yang memandu kereta itu sebelum ia diambil alih oleh Encik Long.



Encik Long kemudian memandu bersama empat rakannya - Encik Eugene Yap Zheng Min, 29 tahun; Encik Wilson Teo Qi Xiang, 26 tahun; Encik Elvin Tan Yong Hao, 28 tahun; dan Encik Gary Wong Hong Chieh, 29 tahun - walaupun kereta itu hanya mempunyai tempat duduk bagi seorang pemandu dan tiga penumpang.



Encik Long mencatatkan tahap kelajuan sehingga 182 kmj sebelum kereta itu merempuh tiang rumah kedai dan terbakar sekitar jam 5.40 pagi hari itu.



Tunang Encik Long, Cik Raybe Oh Siew Huey, 26 tahun, cuba membantu mereka tetapi melecur teruk. Akibat kejadian itu, Cik Oh terpaksa dirawat selama empat bulan di Hospital Besar Singapura dan memerlukan beberapa pembedahan rekonstruktif.



Semasa siasatan koroner, penyiasat Polis Trafik Encik Muhammad Firdaus Suleiman berkata Encik Long, Encik Yap dan Encik Tan meninggal dunia akibat lecuran teruk.



Encik Teo meninggal dunia akibat lecuran teruk dan kecederaan tulang belakang, manakala Encik Wong meninggal dunia akibat lecuran teruk dan kecederaan pelvis.



 



Laporan berkaitan:



https://www.beritaharian.sg/sukan/nahas-di-tanjong-pagar-siasatan-koroner-dapati-kereta-dipandu-sehingga-148kmj



https://www.beritaharian.sg/setempat/detik-akhir-nahas-dirakam-dalam-video




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >