Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nasihat arwah nenek jadi pedoman

Terima lima anugerah atas kecemerlangan sepanjang pengajian
Jun 29, 2023 | 05:30 AM



Minat dan tujuan.

Itulah dua perkara penting bagi Encik Muhammad Danial Mohamed K, 20 tahun, dalam menjalani kehidupan yang bermakna.

Selain minat terhadap bidang komunikasi, beliau menjadikan nasihat arwah nenek sebagai panduan hidup.

Encik Muhammad Danial merupakan antara 1,800 pelajar Politeknik Temasek (TP) yang menerima anugerah di majilis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Temasek (TSEA) pada 24 Jun.

Ketelusan dan keikhlasan beliau diiktiraf dan beliau dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Pelajar; Anugerah Keperibadian TP; Anugerah Perak CCA Temasek; Anugerah Kecemerlangan Kumpulan Minat Tertentu; dan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Masyarakat (Kumpulan).

Namun, perjalanan Encik Muhammad Danial di TP penuh berliku.

KESIHATAN NENEK MEROSOT

Pada 2018, neneknya disahkan menghidapi barah paru-paru tahap empat dan menjalani rawatan kemoterapi.

Pada separuh kedua 2021, kesihatan neneknya merosot secara mendadak dan mula memerlukan bantuan untuk bergerak.

Pihak hospital mencadangkan penjagaan hospis kerana keluarga beliau ingin neneknya rehat di rumah.

“Ibu saya, mak cik saya dan saya bergilir-gilir menjaga keperluan nenek saya dan menyuapkan makanan,” jelas anak kepada ibu tunggal berusia 61 tahun itu.

Pada April 2022, neneknya meninggal dunia.

“Saya rasa sangat sedih kerana saya bukan sahaja kehilangan seorang nenek bahkan saya juga kehilangan seorang kawan,” kata Encik Muhammad Danial yang turut berkongsi bilik tidur bersama neneknya.

Namun, beliau bersyukur dapat meluangkan masa menjaga nenek di rumah sejak kesihatan neneknya merosot.

Nenek beliau juga banyak mengajar kemahiran penting seperti memasak dan menjahit yang Encik Muhammad Danial jadikan kenangan manis.

Kini, beliau akur rumahnya seakan berbeza tanpa peluang menatap wajah neneknya setelah pulang ke rumah.

Semasa pemergian neneknya, Encik Muhammad Danial sedang menjalani latihan kerja sambil belajar di stesen radio dalam talian bukan untuk meraih untung, Vintage Radio SG.

Menurut beliau, fasa tersebut merupakan antara detik paling sukar bagi beliau kerana terasa begitu letih atau ‘burned out’.

Walaupun sedang dilanda kesedihan, beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya di tempat kerjanya.

KEPENTINGAN SOKONGAN

Bagi Encik Danial, sokongan orang sekeliling amat berharga dan telah membantunya menjalani kehidupan.

Sokongan di tempat kerja merupakan antara sokongan penting kerana majikan memberinya ruang ketika bersedih dan memahami keadaannya.

Selain itu, pensyarahnya, Cik Patricia Tay, turut memberi banyak sokongan dengan bertanya khabar beliau sekeluarga dan merujuknya kepada saluran bantuan yang sesuai seperti kaunselor di TP.

Dengan sokongan padu daripada keluarga, Encik Danial bertekad melakukan yang terbaik dalam pendidikannya serta kegiatan lain seperti aktiviti kokurikulum (CCA) LEAD Ambassadors dan kumpulan minat komunikasi dan pengurusan media.

Semangat yang membara untuk belajar telah menjadikannya valediktorian kohort semasa beliau tamat pengajian pada Mei tahun ini.

Beliau meraih diploma merit dalam jurusan komunikasi dan pengurusan media.

Kecemerlangan akademiknya juga diiktiraf dengan Pingat Emas Kursus Mediacorp dan Anugerah Kecemerlangan IMDA (Penguasa Pembangunan Infokom Media).

“Sokongan keluarga, pensyarah dan tempat kerja telah membantu saya reda dengan pemergian nenek saya. Tanpa mereka, mungkin lebih sukar untuk saya memberi tumpuan pada pembelajaran,” kata beliau.

NASIHAT ARWAH NENEK

Menurut Encik Muhammad Danial, arwah neneknya memberi banyak nasihat. Satu daripadanya yang dijadikan pedoman: “Selalu bantu orang lain. Mana tahu esok lusa, kita yang memerlukan bantuan?”

Beliau berasa kata-kata itu melekat dalam dirinya dan beliau sendiri sudah menerima bantuan daripada orang lain.

“Saya selalu cuba amalkan nasihat nenek saya kerana mungkin saya sendiri akan perlukan bantuan.

“Memang betul nasihat nenek. Semasa nenek saya meninggal dan saya perlukan bantuan, orang sekeliling memberi sokongan dan sangat memahami,” kata Encik Muhammad Danial.

Walau neneknya sudah meninggal, sokongan dan dorongan nenek masih terasa.

Keputusannya untuk menjalani latihan sambil bekerja di Vintage Radio SG didorong oleh keinginan untuk menceriakan hidup orang lain, lebih-lebih lagi warga emas.

Untuk terus berbakti dan membantu masyarakat, beliau merancang menjadi guru selepas menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Beliau sedang menunggu hasil permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Nanyang-Institut Pendidikan Nasional (NTU-NIE) bagi mendalami jurusan pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >