Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar hasilkan karya seni ilham kereta api untuk beg NDP

Jun 15, 2023 | 05:22 PM



Dalam minat Muhammad Rizq Daniyal Muhammad Lufti terhadap kereta api, beliau mengungkapkan daya kreatif melalui lukisan tren pada kanvas beg yang bakal dipaparkan pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kali ini.

Pelajar berusia 11 tahun dari sekolah Grace Orchard itu merupakan salah seorang daripada 21 pelajar kurang upaya yang telah berkumpul untuk melukis sebanyak 140 karya seni, yang kemudiannya disatukan menjadi empat karya seni menarik yang akan dipaparkan sebagai reka bentuk beg NDP 2023.

Keempat-empat karya seni ini menggambarkan tema yang berbeza berdasarkan tema-tema “Kepelbagaian,” “Fabrik Singapura,” “Saling berhubung,” dan “Singapura Mekar’’.

Salah satu daripada empat karya seni yang akan dipamerkan sebagai reka bentuk beg NDP 2023, di bawah tema “Saling berhubung’ itu dilukis oleh sekumpulan lima pelajar kurang upaya, termasuk Muhammad Rizq.

Dalam karya seninya itu, terdapat lukisan berbentuk sepasang pintu kereta api di sudut kiri serta motif anak panah yang mengandungi tulisan tahun-tahun tertentu. Simbol ini melambangkan kemajuan sepanjang tahun-tahun tersebut.

Dalam temu bual dengan Berita Harian (BH), Muhammad Rizq menjelaskan motif-motif tersebut dengan berkata:


“Saya seorang peminat kereta api, seperti model R151. Saya sangat gembira dapat melukis satu karya seni yang menggambarkan minat saya.

“Sama seperti warna kegemaran saya, iaitu hijau, saya juga suka garis hijau yang melintasi seluruh karya seni ini, yang melambangkan garisan Timur Barat MRT.”

Menurutnya, karya seni itu diilhamkan daripada peta Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT), dengan garis-garis yang bersimpang-siur mewakili rangkaian luas yang menyambungkan sistem pengangkutan di Singapura.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, turut menemui 21 pelajar yang terlibat dalam karya seni itu semasa majlis pelancaran rekaan mereka pada Khamis.

Dalam satu kenyataan media, Encik Heng berkata:

‘Saya sangat teruja ketika bertemu dengan seniman pelajar dari berbagai usia dan kebolehan dan telah bersatu untuk mencipta karya seni bagi beg NDP tahun ini. Reka bentuk kreatif mereka mencerminkan kepelbagaian masyarakat Singapura yang terdiri daripada individu-individu dari latar belakang yang berbeza-beza, dan itulah yang membolehkan Singapura untuk terus maju dan berkembang di persada dunia.’”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >