Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA, MSS lancar panduan hadapi cuaca panas

Jul 24, 2023 | 06:11 PM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) telah mengeluarkan panduan rasmi mengenai tekanan haba untuk menggalakkan penduduk menjaga kesihatan mereka ketika melakukan kegiatan luar dalam tempoh yang lama.

Ini sedang Singapura bersiap sedia untuk mengalami suhu lebih panas berikutan fenomena El Nino dan perubahan iklim.

Pelancaran Panduan Tekanan Haba telah dirasmikan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Isnin di pejabat MSS.

Orang ramai boleh merujuk kepada panduan itu untuk membuat keputusan yang lebih termaklum sebelum menjalankan kegiatan di luar yang mengambil masa panjang supaya mereka dapat mengurangkan risiko tekanan haba dan penyakit berkaitan haba.

Menurut panduan itu, terdapat tiga tahap tekanan haba – rendah, sederhana dan tinggi. Bergantung kepada tahap tekanan haba, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah perlindungan yang berbeza.

Ini termasuk meminum lebih banyak air, mengenakan pakaian ringan dan menggunakan payung atau topi.

Panduan Tekanan Haba boleh diakses melalui aplikasi myENV dan laman web www.weather.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >