Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nintendo buka kedai ‘pop-up’ di S’pura

Oct 18, 2023 | 06:43 PM



Barang koleksi karakter Nintendo kegemaran anda seperti Mario dan Link dari ‘The Legend of Zelda’ boleh didapati apabila syarikat gergasi Jepun itu membuka kedai ‘pop-up’ di Singapura pada November 2023.

‘Pop-up’ pertama di Asia Tenggara ini akan berlangsung pada 17 November hingga 1 Januari 2024 di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Kedai ini juga mempamerkan barang kegemaran ramai seperti pinggan mangkuk bertemakan ‘Super Mario’, ‘Animal Crossing’, ‘The Legend Of Zelda’, ‘Splatoon’ dan kemeja-T ‘Pikmin’.

Sebelumnya, barang ini hanya didapati di kedai rasmi Nintendo di Jepun.

Turut menjadi rebutan ialah barangan yang memaparkan ilustrasi khas watak daripada permainan yang berbeza. Ilustrasi itu mengambarkan tukang paip bermisai ‘Super Mario’, diikuti dengan watak lain seperti ‘Link’, ‘Squid Ring’ dari ‘Splatoon’ dan ‘Isabelle’ dari ‘Animal Crossing’.

Lebih banyak barangan akan diumumkan dekat dengan waktu pelancaran.

Cik Jess Koh, 23 tahun, peminat permainan video seperti ‘The Legend of Zelda’, berkata keinginannya ke pelancaran itu tercetus memandangkan beliau pernah melawat Super Nintendo World di Universal Studios Jepun.


“Saya sangat seronok di sana dan saya juga membeli beg ‘popcorn’ bintang ‘Super Mario’. Watak kegemaran saya ialah ‘Koroks’ dan ‘Link’ dari ‘The Legend of Zelda’. Saya berharap dapat membawa pulang barang koleksi dari mereka,” katanya yang telah bermain permainan ‘Zelda’ sejak beliau berumur lapan tahun.


Untuk meraikan pembukaan kedai ‘pop-up’ ini, pembeli yang berbelanja $80 ke atas dalam satu transaksi akan menerima satu daripada enam poskad edisi terhad, selagi stok masih ada.

Pemain juga boleh mendaftar masuk ke akaun Nintendo mereka di kedai itu untuk mengumpul pelekat khas.

Setiap pemain boleh mendaftar masuk sekali sehari dan akan menerima satu daripada 18 reka bentuk pelekat yang tersedia secara rambang.

Untuk menebus pelekat itu, mereka boleh mendaftar masuk menggunakan kod QR yang tersedia di sana.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai ‘pop-up’ Nintendo di Singapura, sila kunjungi nintendo.com/sg/popupstore/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >