Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NSmen hadiri acara gabungan Hari SAF

Jun 30, 2023 | 03:48 PM



Lebih 350 Anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) Sedia Beroperasi daripada 228 syarikat dan majikan berkumpul di Upacara Gabungan Dedikasi semula (CRC) Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang diadakan di empat lokasi sekitar Singapura pada Jumaat.

Majlis-majlis itu diadakan di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), Politeknik Temasek, Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura dan Auditorium @ NUHS, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Merasmikan majlis itu di SCCCI, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengingatkan rakyat Singapura mengenai peri pentingnya SAF yang kukuh dan sedia beroperasi yang sentiasa berubah supaya mampu dan relevan untuk menjaga keamanan dan kedaulatan Singapura dan cara hidup kita.

Kata Dr Ng: “Selama bertahun-tahun SAF telah berubah untuk kekal relevan dan berkesan. Cabang keempat SAF, Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), telah ditubuhkan tahun lepas.

“Bersama Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, SAF yang moden dan lengkap hari ini boleh berperang sebagai pasukan bersepadu, untuk memaksimumkan keupayaan setiap perkhidmatan, tidak kira sama ada di darat, laut, di udara atau dalam domain digital.”

Dr Ng juga menekankan komitmen NSmen yang membentuk tulang belakang pertahanan negara.

“Peralatan, kemudahan dan platform dalam SAF boleh bertambah baik... tetapi tanpa semangat juang dan komitmen askar SAF kita, semua peralatan dan platform ini menjadi hanya keluli atau konkrit,” tambah Dr Ng.

Selain Dr Ng, beberapa menteri lain juga terlibat dalam majlis di serata Singapura semalam.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara) telah merasmikan CRC Zon Utara / Timur Laut di Politeknik Temasek.

Majlis itu dianjurkan oleh Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME). Ini adalah kali ke-14 ASME menganjurkan majlis tersebut.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pula merasmikan CRC bagi zon timur di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Pengilang Singapura (SMF). Ini adalah kali ke-11 SMF menganjurkan majlis itu.


Di kawasan barat pula, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, merasmikannya di Auditorium @ NUHS di Hospital Universiti Nasional (NUH). Ini merupakan pertama kali NUH menganjurkan majlis itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >