Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC kumpul $7.25j bagi bantu tangani kos sara hidup ahli memerlukan

Nov 08, 2023 | 07:50 PM



Sejumlah $7.25 juta telah dikumpul Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bagi membantu ahli kesatuan yang mungkin memerlukan bantuan semasa waktu mendesak.

Wang itu, dikumpul pada 2023, adalah hasil sumbangan daripada penderma baru dan lama, di bawah Dana NTUC-U Care yang menyokong pelbagai program termasuk baucar dan skim bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup ahli kesatuan NTUC dan keluarga mereka.

Dalam kenyataannya pada Rabu, NTUC juga mengumumkan sekitar 10,000 ahli kesatuan NTUC dan keluarga mereka telah menerima manfaat daripada pelbagai program bantuan bertujuan mengurangkan kos keperluan seharian serta keperluan anak-anak mereka yang masih bersekolah.

Dana NTUC-U Care adalah dana yang ditubuhkan pada 2009 bagi mempertingkat kebajikan ahli kesatuan NTUC berpendapatan rendah.

Antara program yang disokong dana itu ialah program baucar elektronik Dana NTUC Care, yang diperuntuk bagi membantu ahli kesatuan menjimatkan kos.

Inisiatif lain termasuk program Bantuan Khas yang menawarkan bantuan kewangan sekali sahaja bagi mengurangkan beban kos sara hidup ahli kesatuan; Dana Health for Life bagi jagaan warga emas; Skim Biaya Bersama Pendidikan U Care yang menyokong anugerah pendidikan bagi anak ahli kesatuan; serta Geran CSR U Care, yang menyokong projek kemasyarakatan diterajui Gerakan Pekerja.

Penolong Setiausaha Agung NTUC merangkap Pengarah Divisyen Care NTUC, Encik Melvin Yong, berkata:

“Kami rasa besar hati terhadap penderma murah hati yang terus menyokong usaha kami meskipun dibayangi ketidaktentuan ekonomi.

“Saya akur, kos sara hidup kekal menjadi satu keprihatinan utama antara pekerja kami dan Dana U Care telah mengusahakan bantuan kewangan tambahan bagi ahli berpendapatan rendah tahun ini,” tambah Encik Yong yang juga Anggota Parlimen bagi kawasan undi perseorangan Radin Mas.

Beliau menambah, sementara NTUC terus berusaha untuk meningkatkan pendapatan dan prospek kerjaya para pekerja, ia juga sedang meningkatkan usaha untuk menambah baik kebajikan golongan pekerja rentan.

Ini terutamanya bagi pekerja yang menghadapi kehilangan pendapatan secara serta merta ekoran keadaan yang tidak dapat dijangkakan.

Lantaran itu, NTUC berkata seramai 100 penderma telah menyumbang kepada Dana U Care itu pada 2023.

Ini termasuk sumbangan sejumlah $4.2 juta daripada Gerakan Pekerja: Yayasan Buruh Singapura (SLF) dan perusahaan sosial NTUC seperti NTUC Income, Yayasan FairPrice dan Mercatus Co-operative.

Kesatuan berkait NTUC pula telah menderma hampir $900,000 secara keseluruhan.

NTUC berkata, Dana U Care turut telah melancarkan kaedah baru bagi mengumpul derma serta mengumpulkan sumber derma yang lebih luas sejak 2021 pasca pandemik Covid-19.

Antara lain, acara golf amal dan sesi makan malam Dana U Care pada 2023 yang telah melihat penyertaan seramai 140 pemain, termasuk beberapa menteri dan anggota kabinet dan pemimpin gerakan pekerja berjaya mengumpul sejumlah $760,100.

Dana U Care juga memanfaatkan kaedah digital bagi mendapat derma.

Menurut NTUC, ia telah menjalankan beberapa kempen dalam talian untuk mendekati orang awam dan menggalak mereka menderma kepada Dana U Care menerusi laman Giving.sg.

NTUC berkata, sebanyak $30,000 telah dikumpul sehingga kini.

Selain usaha pengumpulan dana, NTUC berkata ia akan meneroka cara bagi menawarkan bantuan khusus bagi memenuhi keperluan tertentu golongan pekerja yang memerlukan

Ini termasuk golongan individu bekerja sendiri (SEP) dan ahli berpendapatan rendah yang mempunyai anak sedang bersekolah yang mungkin menghadapi kesulitan secara serta merta.

NTUC berkata, butiran perinci berkenaan usaha ini akan diumumkan kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >