Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC lancar inisiatif bantu pekerja harungi cabaran masa depan

Sokongan bagi individu kerja sendiri, sediakan elaun latihan antara 10 saranan perkukuh usaha bantu golongan pekerja berbeza
Sep 29, 2023 | 05:05 PM



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melancarkan satu set saranan bertujuan menentukan arahnya dalam membantu pekerja menghadapi ketidaktentuan masa depan.

Kompak Pekerja Diperbaharui yang dilancarkan pada Jumaat merangkumi 10 saranan bagi memperkukuh golongan utama yang membentuk tenaga kerja Singapura iaitu belia, pekerja pertengahan kerjaya, golongan pekerja yang memikul tanggungjawab penjagaan, pekerja berumur, serta pekerja yang lebih terdedah seperti pekerja bergaji rendah dan yang bekerja sendiri.

Antara saranan utama di bawah kompak diperbaharui itu termasuk memastikan pekerja berumur diberi peluang latihan yang sama dengan rakan kerja lebih muda serta mengukuhkan perlindungan bagi lebih ramai pekerja bebas termasuk dalam sektor budaya, seni dan sukan.

Di bawah saranan itu juga, majikan digesa menawarkan elaun kemahiran bagi pekerja yang menjalani latihan dan memperuntukkan masa terlindung khas bagi menjalani latihan serta meningkatkan jumlah cuti penjagaan berbayar bagi menyokong pekerja yang turut perlu mengimbangi tanggungjawab penjagaan.

Saranan tersebut merupakan hasil maklum balas yang diterima dalam interaksi dengan lebih 42,000 pekerja selama lebih setahun menerusi daya usaha #EveryWorkerMatters Conversations (EWMC) – yang bermakna ‘Perbincangan: Setiap Pekerja Penting’ – yang diadakan pada skala lebih besar berbanding tinjauan lain oleh NTUC.

Jumlah pekerja yang terlibat melebihi sasaran awal NTUC iaitu seramai 20,000 pekerja.

Ia juga melibatkan interaksi dengan golongan banduan – yang tergolong di bawah pekerja lebih terdedah – demi memudahkan usaha integrasi semula ke dalam tenaga kerja.

Menurut NTUC, EWMC membantu dalam “memahami keperluan pekerja masa ini, faktor yang mendorong kejayaan dalam kerjaya, serta sokongan yang diperlukan di setiap tahap kehidupan mereka.”

“Berpandukan pandangan serta idea yang diperoleh melalui EWMC, NTUC akan bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak dalam mengusahakan saranan-saranan ini bagi membentuk bersama Singapura dengan ekonomi yang bertenaga di mana setiap pekerja boleh bekerja dan hidup dengan bermaruah,” menurut kenyataan gerakan buruh itu.

Kompak Pekerja Diperbaharui itu dilancarkan semasa acara penutup bagi inisiatif EWMC pada Jumaat di Pusat NTUC yang terletak di One Marina Boulevard.

Acara tersebut dihadiri tetamu terhormat Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan turut dihadiri Presiden NTUC Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.

Menyentuh tentang arah NTUC dalam memperjuangkan keperluan pekerja, Encik Ng berkata:

“NTUC ingin mengesahkan kompak kita dengan pekerja, termasuk golongan PME (karyawan, pengurus dan eksekutif). Mendengar maklum balas dari lebih 42,000 pekerja kami mempunyai pemahaman yang mendalam tentang aspirasi serta keresahan mereka.

“Di bawah kompak diperbaharui ini, kita semua mempunyai peranan yang penting. Kita perlu menjadikannya satu kebiasaan untuk melakukan usaha ini sepenuh hati dalam bertindak bersama membangunkan kehidupan dan pekerjaan yang baik bagi semua.”

Maklum balas serta interaksi di bawah EWMC jelas menunjukkan bahawa autonomi dalam membuat keputusan pekerjaan dan kehidupan merupakan antara keprihatinan utama pekerja.

Dapatan dari inisiatif itu menunjukkan belia mengutamakan fleksibiliti meneroka laluan kerjaya sendiri melalui peluang bekerja sambil belajar dan program pementoran.

Sementara itu, semua golongan pekerja bersetuju latihan penting dalam mengasah kemahiran dan berkembang dalam kerjaya untuk kekal berdaya saing dalam relevan.

Pekerja juga memerlukan jaminan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan, terutama sekali golongan pekerja lebih terdedah seperti pekerja bergaji rendah dan mereka yang bekerja sendiri, yang menghadapi masalah kewangan serta kurangnya kesedaran berkaitan peluang latihan dan kemajuan kerjaya.

Saranan yang dibentangkan di bawah kompak yang diperbaharui itu bertujuan memberikan pekerja autonomi dalam membuat keputusan pekerjaan dan hidup selain memberikan mereka keupayaan menyesuaikan diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >