Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC saran cuti bergaji, aturan kerja fleksibel untuk imbangi kerja dan penjagaan keluarga

Sep 20, 2023 | 06:07 PM



Pekerja harus diberi cuti penjagaan bergaji untuk menjaga ahli keluarga warga emas dan diberi akses kepada peraturan kerja lebih fleksibel.

Demikian antara saranan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk menyokong pekerja menguruskan pekerjaan dan tanggungjawab penjagaan mereka.

Saranan tersebut menyusuli satu tinjauan sebahagian daripada inisiatif NTUC, Perbincangan #SetiapPekerjaPenting (#EveryWorkerMatters), yang dilancarkan pada Ogos 2022. Tinjauan itu melibatkan sekitar 1,000 responden.

Bagi memastikan pekerja mempunyai akses kepada peraturan kerja lebih fleksibel, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menyarankan majikan mereka bentuk semula pekerjaan untuk membahagikan tugas dan membolehkan pekerja menyelesaikan tugas dari rumah.

Beliau juga menyarankan majikan mendedahkan jenis peraturan kerja fleksibel dalam iklan pekerjaan untuk membolehkan pencari kerja memilih pekerjaan yang sesuai dengan mereka.

Ketika berkongsi saranan tersebut di Pusat Penuaan Aktif Kesihatan NTUC pada Rabu, Encik Ng berkata:

“Untuk majikan, langkah penting dan berguna adalah menyediakan aturan kerja yang lebih fleksibel – ini boleh mengekalkan pekerja yang mungkin berhenti kerja untuk memenuhi tanggungjawab penjagaan mereka.”

Sebagai contoh, NTUC bekerjasama dengan sebuah syarikat pembersihan, Chye Thiam Maintenance, pada April 2023 bagi membolehkan pekerja mereka melengkapkan latihan secara fleksibel dan memilih hari dan waktu bekerja di tapak kerja.

Aturan kerja itu membolehkan pekerja Chye Thiam Maintenance menguruskan tanggungjawab penjagaan semasa mereka bekerja. Seterusnya, syarikat itu dapat menarik dan mengekalkan tenaga kerja mereka dalam sektor perkhidmatan yang kekurangan tenaga kerja.

Saranan yang dikongsi Encik Ng itu berdasarkan dapatan tinjauan NTUC yang mendedahkan 85 peratus responden lebih suka aturan kerja fleksibel kerana ia membantu mereka menguruskan pekerjaan dan tanggungjawab penjagaan.

Dapatan tinjauan itu juga mendedahkan bahawa lebih 53 peratus responden mengambil cuti kerja dan lebih daripada 40 peratus mengambil cuti kerja tanpa gaji.


Justeru, Encik Ng juga menyarankan pekerja dapat cuti penjagaan bergaji untuk menjaga ahli keluarga warga emas mereka.

Setakat ini, pekerja tidak diberi cuti bergaji untuk menjaga ahli keluarga warga emas, ahli keluarga sakit atau ahli keluarga kurang upaya.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Penyelidikan dan Perangkaan Tenaga Manusia Kementerian Tenaga Manusia (MOM), terdapat lebih ramai majikan yang kini mengiktiraf keperluan menyediakan cuti penjagaan bergaji.

Kadar majikan yang menawarkan cuti penjagaan untuk ahli keluarga, termasuk untuk ibu bapa dan ibu bapa mertua warga emas, telah meningkat dua kali ganda daripada 15 peratus kepada 30 peratus dari 2012 hingga 2022.

Saranan lain termasuk memerlukan majikan menawarkan perlindungan perubatan dan insurans kepada pekerja dan ahli keluarga mereka yang lebih tua.

Menurut Encik Ng, langkah sedemikian boleh membantu majikan mengekalkan pekerja sambil membantu pekerja menguruskan tugas dan tanggungjawab penjagaan.


“Penduduk kita semakin menua... lebih ramai pekerja akan berhadapan tanggungjawab penjagaan yang semakin meningkat. Pekerja perlu diyakinkan bahawa mereka boleh memenuhi kedua-dua pekerjaan dan tanggungjawab penjagaan mereka.

“NTUC komited untuk memperjuangkan keperluan penjaga. NTUC menyeru semua untuk memainkan peranan mereka bagi membina ekosistem untuk menyokong penjaga,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >