Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ong Beng Seng dikena notis penangkapan, diminta CPIB maklumat mengenai interaksi dengan Iswaran

Jul 14, 2023 | 08:38 AM



Pemilik hotel, Encik Ong Beng Seng telah dikenakan notis penangkapan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan sedang bekerjasama dengan agensi itu untuk menyediakan maklumat mengenai interaksinya dengan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.

 Dalam satu kenyataan kepada Bursa Singapura yang difailkan pada pagi Jumaat, tiada dakwaan yang difailkan ke atas Encik Ong, yang merupakan pengasas dan pengarah urusan syarikat itu. 

“Beliau akan ke luar negara mulai 14 Julai dan akan menyerahkan pasportnya kepada CPIB sekembalinya ke Singapura. 

“Beliau sudah diberikan notis penangkapan dan memberi ikat jamin $100,000,” ujar kenyataan itu. 

Tambah Hotel Properties, Encik Ong sedang bekerjasama dengan CPIB dan menyediakan maklumat yang diminta. 

“Memandangkan ini adalah perkara yang masih berjalan, beliau tidak dapat menyediakan butiran lebih lanjut pada ketika ini. 

“Beliau akan memberikan kemas kini kepada pihak Lembaga sekiranya ada perkembangan lebih lanjut,” kata kenyataan itu. 

Hotel Properties berkata buat masa ini, Encik Ong akan meneruskan tugasan dan tanggungjawabnya sebagai pengarah pengurusan setelah jawatankuasa pencalonan menentukan yang beliau sesuai melakukan demikian. 

“Lembaga dan jawatankuasa pencalonan akan terus memantau perkembangan hal ini dan jawatankuasa pencalonan akan terus menyemak semula kesesuaian perlantikan berterusan Encik Ong,” jelas syarikat itu. 

Pada Rabu, CPIB mengumumkan bahawa Encik Iswaran, yang juga Menteri bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, sedang membantu dalam siasatan kes yang dibongkar oleh badan antirasuah itu. 

Ia tidak memberikan butiran lebih lanjut mengenai siasatan itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >