Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran baru di Pusat Sains S’pura pupuk minat dalam teknologi

May 29, 2023 | 07:47 PM



SEBUAH pameran tetap yang baru telah dilancarkan di Pusat Sains Singapura bagi menarik minat kanak-kanak dan belia dalam teknologi terkini yang memuncul.

The Smart Nation PlayScape, merupakan hasil usaha sama oleh Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) serta Pusat Sains Singapura.

Ia bertujuan mendekati ramai dengan teknologi dan memberi inspirasi kepada anak muda Singapura berumur 10 tahun ke atas, bagi memupuk rasa ingin tahu tentang teknologi masa depan.

Pameran baru itu dilancarkan pada Isnin oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber.

Menurut SNDGG, melalui pameran itu, pengunjung dapat mengalami dan memahami teknologi sedia ada dengan lebih mendalam.

Smart Nation PlayScape terdiri daripada lapan zon yang mempamerkan konsep asas di sebalik teknologi dengan cara yang menyeronokkan dan boleh dikaitkan.

Ini termasuk Penderia, Geospatial, Biometrik dan Keselamatan Siber, Blockchain, kescerdasan buatan (AI) dan Analisis Data, Robotik, Pengalaman Pengguna (UX) dan Perkhidmatan, dan realiti terimbuh (AR) serta realiti maya (VR).

Melalui gamifikasi, pengunjung juga akan dapat lebih menghargai aplikasi teknologi berbeza yang memperkasakan Negara Bijak Singapura.

Untuk menghasilkan pameran ini SNDGG berkata mereka telah mendekati pelbagai lapisan masyarakat.

Ini termasuk melibatkan seramai 150 orang awam dalam pameran awal Smart Nation PlayScape.

Selain itu, seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Changi turut terlibat dalam perbincangan fokus pada April 2022.

Mereka telah memberi pendapat yang lebih mendalam mengenai beberapa zon seperti zon AR dan VR serta ‘Cabinet of Curiosities’ yang menampilkan koleksi objek yang mempamerkan bagaimana teknologi membentuk kehidupan – daripada bagaimana masyarakat kekal sihat, kepada cara membeli-belah, melancong dan bermain.

Syarikat privet seperti syarikat teknologi kesihatan Oura dan syarikat mainan yang berpangkalan di Singapura Mighty Jaxx turut menyumbangkan barang untuk mempamerkan bagaimana teknologi telah meningkatkan kehidupan seharian.

Ia termasuk cincin pintar atau smart rings yang boleh menjejaki corak tidur dan kadar denyutan jantung, kepada patung yang boleh dikumpul seiring sijil digital berasaskan rantaian blok untuk membuktikan keasliannya.


Mereka yang ingin mengunjungi pameran tersebut boleh mendapatkan tiket melalui wadah dalam talian https://www.gevme.com/scsonlinetickets.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >