Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parti Pekerja teliti video papar detik intim AP Leon Perera, Nicole Seah

Jul 17, 2023 | 03:54 PM



Parti Pekerja (WP) sedang meneliti klip video yang tular dalam talian menunjukkan Anggota Parlimen (AP), Encik Leon Perera, berkongsi detik intim dengan rakan anggota kanan parti, Cik Nicole Seah.

Video selama 15 saat itu menunjukkan Encik Perera mengusap tangan seorang wanita yang kelihatan seperti Cik Seah, ketika kedua-duanya menikmati segelas wain di sebuah restoran. 

Pergerakan kereta dapat dilihat di belakang mereka.

Dalam satu kenyataan, WP berkata: “Parti Pekerja maklum mengenai klip video yang dikongsi dalam talian hari ini yang menggambarkan perlakuan yang tidak sesuai antara dua anggota kanan parti.”

“Parti buat masa ini sedang meneliti perkara ini dan akan memberi komen apabila kami memperoleh fakta. Parti juga mengharapkan semua anggotanya supaya bertanggungjawab atas kelakuan mereka.”

Kedua-dua Encik Perera dan Cik Seah sudah berkahwin. Mereka juga kedua-duanya adalah antara 15 anggota dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti – badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

Encik Perera, 53 tahun, yang merupakan AP Bahagian Serangoon dalam GRC Aljunied, mengetuai pasukan media parti. Beliau mempunyai dua anak, dan berkahwin dengan seorang wanita bernama Cik Carol, menurut laporan sebelum ini.

Encik Perera bertanding sebagai calon WP untuk GRC East Coast semasa Pilihan Raya Umum 2015 dan seterusnya menjadi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) sehingga 2020.

Sebelum menyertai politik, beliau adalah seorang penjawat awam dan kemudian menjadi pengasas bersama dan ketua eksekutif sebuah agensi penyelidikan dan perundingan perniagaan.

Cik Seah, 36 tahun, ialah presiden Sayap Pemuda WP, dan merupakan salah seorang calon parti yang bertanding dalam pasukan GRC East Coast pada Pilihan Raya Umum 2020.

Mereka tewas tipis kepada pasukan PAP yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Beliau memasuki politik pada 2011 bersama Parti Solidariti Nasional pada Pilihan Raya Umum 2011, dan merupakan calon termuda.

Cik Seah dan suaminya mempunyai anak perempuan kedua mereka pada April 2022. 

Beliau berkahwin dengan suaminya, Encik Bryan, pada 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >