Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan adik-beradik jadikan memerang watak buku kanak-kanak

Tulis buku dwibahasa Melayu, Inggeris kedua Siri Biodiversiti Ungu Pen – ‘Memerang Di Kota’ – kisah empat memerang hidup di Kota Singa
Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Setelah meraih kejayaan dengan buku bergambar kanak-kanak dwibahasa Melayu dan Inggeris, Pengembaraan Tim dua tahun lepas, pasangan adik-beradik Rhaimie dan Rizal Wahap telah melancarkan senaskhah lagi buku.


Buku kedua dalam Siri Biodiversiti Ungu Pen itu – Memerang Di Kota – dilancarkan pada 24 Jun dan mengisahkan tentang empat memerang yang hidup di kota Singapura.


Buku itu memenuhi Matlamat ke-15 daripada Matlamat Pembangunan Mampan Program Sekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) – Kehidupan Di Darat.

Matlamat ke-15 adalah untuk ‘Melindungi, memulihkan dan menggalak penggunaan mampan ekosistem darat, mengurus hutan secara mampan, memerangi penggurunan, menamat dan mengundurkan kemerosotan tanah serta menghentikan kehilangan biodiversiti.’

Memerang Di Kota turut memaparkan seorang anggota Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) menyelamatkan seekor memerang.


Sama seperti buku pertama dalam siri itu, buku terkini turut menyertakan realiti terimbuh (AR) untuk melengkapi buku fizikal.

Pembaca juga boleh mengimbas kod QR untuk mendengar lagu tema ‘Kami Memerang’ dan menonton animasi daripada buku tersebut.

“Secara umum, saya rasa terdapat kekurangan buku tentang alam sekitar dalam pasaran buku bergambar tempatan dan landskap pendidikan,” kata Encik Rhaimie, 56 tahun.

Beliau berharap buku ini dapat menyuntik minat dan penghargaan generasi muda terhadap alam sekitar, terutama sekali memerang di Singapura.

Ilustrasi, AR dan animasi bagi buku itu dihasilkan oleh Encik Rizal, 50 tahun.

“Saya rasa adalah penting untuk menyertakan teknologi dalam buku ini kerana kami ingin menunjukkan cara memerang berinteraksi dan sifat-sifatnya,” jelas Encik Rizal, yang belajar melukis secara sendiri melalui video di YouTube.

Buku terbitan Ungu Pen itu, yang disokong Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) dilancarkan di Perpustakaan Daerah Woodlands oleh Profesor Madya Hadijah Rahmat, mantan Ketua Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Dalam ucapannya, Profesor Hadijah berkata: “Buku kanak-kanak memberi kuasa kepada pembaca untuk memahami satu sama lain dan membentuk pembaca yang berkelakuan baik serta pemurah.

“Terdapat banyak nilai murni yang boleh dipupuk melalui buku yang bermutu seperti ini.”

“Kita memerlukan buku dwibahasa Melayu yang bermutu seperti ini dan buku ini amat signifikan dalam pembangunan buku-buku Melayu,” tambah beliau.

Sekitar 2,000 naskhah buku itu akan diedarkan kepada benefisiari LKYFB, termasuk pusat prasekolah, badan bantu diri dan kesemua perpustakan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Orang ramai boleh meminjam buku itu di perpustakaan awam.

Mereka yang ingin membeli buku itu – berharga $19.90 senaskhah – boleh mendapatkannya melalui ungupen.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >