Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai bank tangkas cegah lelaki 70-an tahun termakan tipu helah skim penipuan cinta

Oct 09, 2023 | 10:28 AM



Ketangkasan pegawai bank di POSB Compass One telah berjaya membantu seorang lelaki berusia 70-an tahun daripada termakan tipu helah dalam satu skim penipuan cinta.

Lelaki itu telah datang ke cawangan POSB Compass One untuk meminta $3,000 dipindahkan dari akaunnya.

Seorang pegawai bank Cik Rohani Hassan mengesan sesuatu yang tidak kena apabila lelaki itu berkata pemindahan itu ingin dibuat kepada sebuah syarikat penghantaran sebelum mereka dapat menghantar satu bungkusan kepadanya.

“Saya fikir ada sesuatu yang tidak kena,” kata Cik Rohani.

Setelah Cik Rohani memaklumkan kepada lelaki itu beliau mungkin ditipu, lelaki itu tidak berpuas hati dan berkata:

“Ini duit saya, kenapa saya tidak boleh pindahkan?”

Akhirnya, Cik Rohani meminta bantuan Timbalan Pengurus Khidmat Cik Siew Lay, yang melakukan pemeriksaan.

Cik Siew Lay mendapati akaun yang perlu dibayar itu telah dikesan bagi urus niaga yang menimbulkan kesangsian.

Ia juga satu akaun bank peribadi, dan bukannya akaun perniagaan, seperti yang didakwa pelanggan itu.

Cik Siew Lay menghubungi hotline polis untuk mendapatkan bantuan, dan pihak polis tiba dalam beberapa minit serta meyakinkan pelanggan untuk meninggalkan cawangan itu bersama mereka.

Ternyata, lelaki itu menjadi sasaran satu penipuan cinta.

“Daripada pengalaman kami daripada kes sebelum ini, penipuan seperti ini melibatkan banyak emosi, sebab itu lelaki itu berkeras,” kata Cik Siew Lay.

Kisah ini disampaikan dalam satu catatan di Facebook DBS pada Ahad.

Menurut catatan itu, Cik Siew Lay dan Cik Rohani menerima surat penghargaan daripada Pasukan Polis Singapura pada September lalu bagi usaha mereka mencegah penipuan itu.







“Saya telah berkhidmat dengan bank selama lebih 35 tahun, dan saya telah menyaksikan penipuan menjadi semakin rumit.

“Kadangkala kakitangan cawangan menjadi “garisan pertahanan terakhir” dalam melindungi pelanggan kami daripada ditipu jadi kami melakukan yang terbaik untuk mengikuti modus operandi penipuan terkini.

“Tidak mudah berurusan dengan pelanggan yang kecewa, tetapi saya lebih suka menghadapi kemarahan mereka daripada menghadapi risiko mereka ditipu.

“Tidak ada perasaan yang lebih buruk daripada menyaksikan pelanggan melaporkan bahawa mereka adalah mangsa penipuan,” kata Cik Siew Lay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >