Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis dipuji pindahkan pesakit semasa kebakaran

Jun 26, 2023 | 05:53 PM



Apabila Penolong Superintenden Polis (ASP) Ahmad Khusairi Juraimi menyedari terdapat asap yang keluar dari blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berdekatan Divisyen Polis Bedok, di mana beliau bertugas, beliau dengan segera berlari ke tempat kejadian.

Satu alat mobiliti peribadi (PMD), yang ditinggalkan di luar pusat dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di Bedok North Avenue 4, dijilat api. Dalam pusat itu terdapat pesakit, termasuk beberapa yang terlantar di katil, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Bersama seorang rakan kerja yang juga melihat asap tersebut, ASP Ahmad, 58 tahun, memindahkan lebih empat pesakit dialisis, termasuk beberapa yang perlu ditolak keluar dengan katil mereka.

Menurutnya, ramai pesakit terlantar di katil dan beliau perlu berulang-alik empat atau lima kali untuk memindahkan mereka ke gelanggang badminton di belakang pusat itu.

“Saya cuba memindahkan seramai yang mungkin dalam tempoh masa paling singkat itu. Ia mengambil kira-kira 20 minit,” kata veteran pasukan polis selama 40 tahun itu, yang kini seorang pegawai latihan kanan.

Atas tindakannya, ASP Ahmad menerima anugerah pujian tertinggi sewaktu Majlis Pujian Pesuruhjaya Polis pada Jumaat.

ASP Ahmad merupakan salah satu daripada tiga pegawai yang menerima anugerah itu.

Kejadian tersebut berlaku pada 15 November 2021 sekitar 4 petang.

ASP Ahmad berkata beliau berada di pintu belakang stesen polis apabila beliau ternampak asap keluar dari blok HDB kira-kira 100 meter jauhnya.

“Ia kelihatan pada saya bahawa ada sesuatu yang tak kena. Ia datang dari kolong blok, jadi ia tentunya bukan pengasapan,” kata beliau.

Apabila beliau bergegas ke sana bersama rakan kerjanya daripada stesen tersebut, beliau mendapati bahawa pusat dialisis itu dipenuhi dengan asap tebal.

“Misi kita sebagai pegawai polis adalah untuk melindungi nyawa dan harta benda. Apabila kami menyedari terdapat kebakaran, ia adalah semula jadi bahawa keutamaan kami adalah untuk menyelamatkan nyawa,” ujarnya.

Bersama kakitangan pusat dialisis itu, pegawai tersebut memindahkan pesakit ke gelanggang badminton berdekatan di belakang blok HDB sementara rakan kerjanya menggunakan hos air untuk melawan api.

Sedang ASP Ahmad memeriksa keadaan pesakit, kira-kira 30 individu mula berkumpul berdekatan pusat dialisis itu untuk melihat kejadian yang berlaku.

Pegawai daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba beberapa minit kemudian. Disebabkan tindakannya, polis berkata tiada yang cedera sewaktu kejadian itu.

“Kami sangat bernasib baik kerana berada di tempat yang betul pada masa yang tepat,” katanya.

ASP Ahmad berharap beliau dapat memberi inspirasi kepada pegawai polis lebih muda.

“Diharapkan pegawai lebih muda akan melihat kita lelaki tua (bertindak kepada kejadian ini) dan berfikir, jika mereka boleh lakukannya, mengapa saya tidak?” katanya, sambil tertawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >