Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Waran Ketiga gembira sertai kereta berhias Pertahanan Mutlak

Aug 09, 2023 | 05:30 AM



Peranannya menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kali pertama kali pada 2012 masih tersemat dalam ingatan Pegawai Waran Ketiga (3WO) Muhammad Suhairi Suhaimi.

Tahun ini beliau kembali sekali lagi dalam NDP memainkan peranan yang berlainan. Pada 2012 beliau telah menyertai NDP sebagai pengiring kontinjen pembawa panji-panji.

Beliau akan berada di atas kereta berhias utama bagi pasukan tentera dalam segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak baru di perbarisan tersebut.

Mengulas tentang perasaannya berpeluang terlibat dalam segmen lain tahun ini, 3WO Suhairi berkata:

“Selalunya saya hanya dapat menonton NDP di televisyen.

“Setelah mengambil bahagian dalam NDP pada 2012, saya tergerak untuk cuba sekali lagi untuk menyertai sekali lagi.

“Jadi apabila dipilih sekali lagi untuk menjadi peserta bagi acara sebesar yang ditonton ramai, saya rasa ini adalah satu penghormatan,” kata 3WO Suhairi, 38 tahun.

Pada 9 Ogos, 3WO Suhairi akan menaiki salah satu daripada enam kereta berhias istimewa yang mewakili enam tunggak Pertahanan Mutlak yang akan menjadi salah satu tumpuan baru dalam NDP tahun ini.

Menurutnya, beliau akan bersama beberapa pegawai lain daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di atas kereta berhias itu dalam segmen tersebut.

Beliau kini berkhidmat sebagai Komander Platun di Sekolah Kadet Pakar, Institut Pegawai Waran dan Pakar.

Tugasnya termasuk membimbing askar-askar, mengadakan latihan dan kelas serta melatih pemimpin masa hadapan.

Mengulas tentang persiapan untuk pertunjukan itu, 3WO Suhairi yang menyertai SAF 18 tahun lalu berkata mereka telah terlibat dalam latihan sejak Jun.

“Sebelum menaiki kereta berhias, kami telah dimaklumkan tentang rancangan dan apa yang harus kami lakukan.

“Kami pun sudah turun padang untuk pelajari laluan yang akan kami ambil semasa pertunjukan itu,” katanya.

“Apa yang saya tahu ialah saya harus berdiri dan senyum,” kata bapa dua anak itu, sambil ketawa.

Namun beliau akur penglibatannya dalam NDP kadangkala agak mencabar memandangkan beliau perlu mengimbangi masanya antara waktu bekerja, latihan NDP dengan masa bersama keluarga.

“Sebagai seorang bapa kepada anak yang baru dilahirkan beberapa bulan lalu, kali ini saya harus mengorbankan masa keluarga saya pada Sabtu untuk latihan.

“Oleh itu, saya cuba meluangkan sebanyak mungkin masa pada Ahad bersama mereka,” tambahnya yang mendapat banyak sokongan keluarga.

Setelah lama berkhidmat bersama SAF, 3WO Suhairi melihat peluang yang diberikan itu sebagai pengiktirafan bagi khidmatnya sehingga kini.

“Saya sudah lama berkhidmat dan seperti rakan setugas lain, ini adalah sesuatu yang istimewa.

“Penampilan saya bukan sahaja untuk saya bahkan semua rakan sekerja saya yang turut berkhidmat demi Singapura,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >