Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pei Ling, Biow Chuan sokong AP GRC Marine Parade setelah Chuan-Jin letak jawatan

Jul 18, 2023 | 02:50 PM



Anggota Parlimen (AP), Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) dan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) akan membantu AP GRC Marine Parade untuk menjaga keperluan penduduk Kembangan-Chai Chee menyusuli peletakan jawatan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.

AP GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, juga telah meletakkan jawatan disebabkan hubungan sulit yang dijalinkannya bersama Encik Tan, dalam kejadian terkini yang ‘menggegarkan’ Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah.

Dalam catatan Facebook pada Isnin, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata beliau dan AP GRC Marine Parade yang lain – Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dan AP Encik Seah Kian Peng dan Encik Mohd Fahmi Aliman – akan mendapatkan bantuan Encik Lim dan Cik Tin untuk menyokong penduduk di Kembangan-Chai Chee (KCC).

“Keutamaan segera sekarang adalah untuk memastikan penduduk KCC dijaga dan kepentingan mereka dipenuhi dengan baik,” kata Encik Tong.

Beliau dan Dr Tan merupakan menteri utama yang memimpin GRC Marine Parade.

“Kami semua akan turut serta menyokong KCC sepenuhnya, dan saya memberi jaminan kepada penduduk kami akan melakukan yang terbaik untuk menjaga mereka,” tambahnya.

Encik Tan telah menjadi AP KCC sepanjang 12 tahun lalu.

Para AP akan menangani semua rayuan dan kes Sesi Bertemu Rakyat (MPS), dan meneruskan pelbagai program masyarakat yang ditetapkan, bersama Encik Tong yang mengambil alih sebagai penasihat kepada pertubuhan akar umbi KCC.

“(Saya akan) menyokong kerja baik yang mereka telah lakukan dan memperkukuh pendekatan dan pelbagai program sosial untuk memberi manfaat kepada penduduk KCC,” kata Encik Tong.

Dr Tan akan memberi tumpuan terhadap keperluan perbandaran dan prasarana penduduk, dan bekerjasama rapat bersama Majlis Bandaran Marine Parade.

Di Tampines East, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau akan menjaga penduduk Cik Cheng bersama bantuan AP GRC Tampines yang lain.

AP lain ialah Dr Koh Poh Koon, Encik Baey Yam Keng and Encik Desmond Choo.

Encik Masagos berkata Encik Choo akan dilantik pengerusi majlis bandaran, sementara Encik Baey akan menjadi naib pengerusi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >