Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja diselamatkan selepas jatuh 4 meter ke dalam bilik pam pemercik

Nov 29, 2023 | 06:03 PM



Seorang lelaki diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) setelah terjatuh kira-kira empat meter ke dalam bilik pam pemercik sebuah kilang pada 28 November.

Dalam satu catatan Instagram SCDF pada 29 November, anggota pegawai kecemasan – terdiri daripada pegawai bomba, pegawai ambulans dan pakar daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) – diaktifkan sekitar 4.50 petang untuk melaksanakan operasi menyelamat di 1 Pandan Crescent.







Apabila penyelamat tiba di tempat kejadian, pasukan tersebut mendapati lelaki itu sedang duduk di bahagian bawah bilik pam pemercik.

Mangsa dilaporkan mahu menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi sistem pam pemercik apabila beliau terjatuh melalui ruang terbuka bilik itu, tambah SCDF dalam catatan tersebut.

Lima pegawai SCDF, termasuk seorang paramedik, menuruni tangga ‘cat ladder’ untuk sampai ke lelaki itu, yang didapati cedera.

Oleh kerana lelaki itu berasa sakit di bahagian belakang badan dan kaki kirinya, paramedik menstabilkan kedudukannya agar beliau tidak bergerak bagi mengelak kecederaan lanjut semasa menunggu ketibaan pegawai Dart bagi memulakan operasi menyelamat.

Seorang pegawai Dart diturunkan ke bilik pam.

Kedua-duanya kemudian diangkat keluar dari bilik tersebut. Lelaki terbabit kemudian dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Awal dari itu pada September 2023, pegawai SCDF dan Dart berjaya membawa turun seorang pekerja yang terperangkap di atas kren menara.

Lelaki itu sedang bekerja di kren setinggi 40 meter itu apabila beliau berasa kurang sihat dan tidak berupaya turun sendiri ke bawah.

Empat pegawai Dart memanjat kren itu menggunakan tangga ‘cat ladder’ untuk sampai ke lelaki tersebut di dalam kabin kren. Lelaki berkenaan kemudian dibawa turun menggunakan pengusung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >