Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja maut di tapak binaan Pelabuhan Tuas

Jul 31, 2023 | 06:03 PM



Seorang pekerja maut dalam satu kemalangan di tempat kerja di sebuah tapak binaan Pelabuhan Tuas Fasa 2.

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pekerja yang dipercayai warga asing itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira 9 pagi Sabtu di tapak binaan Next Genaration Port di Tuas.

Penyelaras keselamatan tapak kerja telah berusaha menggunakan teknik menyelamatkan nyawa terhadap pekerja terbabit, yang diambil bekerja oleh Penta Ocean-Hyundai-Boskalis Joint Venture.

Pekerja itu dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) tetapi telah meninggal dunia petang itu.

Siasatan sedang dijalankan, dan MPA dan kontraktor sedang memberikan sokongan kepada keluarga pekerja, kata kenyataan itu.

Ini adalah kematian ke-17 di tempat kerja pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >