Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja maut dilanggar trak di tapak pembinaan Jurong

Jul 12, 2023 | 08:09 PM



Seorang pekerja India berusia 33 tahun terbunuh pada Isnin selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan yang sedang berundur di sebuah tapak pembinaan di Jurong West.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memberitahu akhbarThe Straits Times pada Rabu bahawa pekerja lelaki itu sedang menyiapkan sebuah trak tipper (trak yang mempunyai platform belakang yang boleh dinaikkan untuk memunggah barang) apabila beliau dilanggar sebuah trak besar yang sedang berundur.


Beliau adalah pemandu BSN Tech Engineering, dan bekerja di tapak yang dikendalikan oleh Star Ready-Mix.

MOM berkata kejadian itu berlaku sekitar 3.40 petang di 1 Buroh Close dan ia sedang menyiasat kes itu.

Ia juga telah mengarahkan Star Ready-Mix menghentikan semua operasi melibatkan kenderaan di tapak itu.

“Sebagai langkah keselamatan umum, majikan perlu melaksana pelan pengurusan trafik yang betul bagi meminimumkan risiko daripada kenderaan,” kata MOM.

Contohnya, kata MOM, seperti mengasingkan akses antara kenderaan dengan orang ramai, serta memastikan operasi kenderaan yang tidak sepadan tidak berlaku pada masa yang sama di tempat yang sama.

Sehingga 21 Jun, terdapat 14 kematian di tempat kerja di Singapura.

Pada 2022, terdapat 46 insiden di tempat kerja – jumlah tertinggi yang dicatat sejak 2016 dengan 66 orang meninggal dunia.

MOM pada asalnya mengenakan tempoh keselamatan yang dipertingkat selama enam bulan dari 1 September 2022 hingga 28 Februari 2023 dalam usaha membendung “kenaikan membimbangkan” dalam jumlah kematian di tempat kerja.

Ia telah melanjutkannya sehingga 31 Mei, di samping memperkenalkan langkah-langkah tambahan.

Langkah-langkah itu termasuk memerlukan ketua eksekutif atau pengarah lembaga sesebuah syarikat menghadiri kursus latihan setengah hari secara fizikal jika ia didapati mempunyai kelemahan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) ketara menyusuli kemalangan di tempat kerja yang serius atau membawa maut.

MOM juga menaikkan denda maksimum bagi mereka yang melanggar undang-undang WSH yang boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan serius daripada $20,000 kepada $50,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >