Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja ditemui mati di tapak perobohan Tanjong Pagar; MOM dan BCA arah henti kerja

Jun 15, 2023 | 04:31 PM



Pekerja yang dilaporkan hilang selepas struktur bangunan yang runtuh di 1 Bernam Street, dekat Tanjong Pagar, telah ditemui.

Pekerja warga India itu ditemui oleh para pekerja penyelamat di bawah runtuhan struktur dinding konkrit yang runtuh sekitar 6 petang, menurut kenyataan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Mayat pekerja itu terperangkap di bawah dua meter dalam runtuhan itu.

SCDF berkata dalam kenyataannya:

“Berikutan satu operasi pencarian yang intensif, seorang pekerja yang dilaporkan hilang awal tadi, telah dilihat terperangkap di bawah struktur konkrit sekitar 6 petang. Pekerja itu ditemui tanpa nadi dan tidak bernafas.”







SCDF dengan segera melaksanakan operasi pemotongan dan pemecahan runtuhan tetapi konkrit tersebut, yang beratnya dianggarkan sekurang-kurangnya 50 tan, merumitkan usaha menyelamat itu.

Operasi itu turut memerlukan anggota Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) untuk menggali runtuhan itu bagi membuka ruangan dan menilai di mana pekerja itu mungkin terperangkap.

Ia menambah pekerja itu akhirnya berjaya dikeluarkan daripada runtuhan selepas hampir empat jam pada sekitar 9.45 malam dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Menurut laporan The Straits Times (ST), struktur tersebut adalah sebahagian daripada Menara Fuji Xerox yang sedang dirobohkan.


Tapak itu akan dibangunkan semula bagi pembangunan berbilang guna oleh firma hartanah City Developments Limited (CDL).

CDL dalam satu kenyataan media berkata kejadian tersebut berlaku akibat kerja-kerja perobohan yang sedang dijalankan.

Ia menambah majikan pekerja warga India yang terkorban itu ialah Aik Sun Demolition and Engineering, syarikat yang mengendalikan kerja-kerja perobohan.

“Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga atas kehilangan anggota keluarga mereka dan sedang bekerjasama dengan Aik Sun untuk menawarkan bantuan,” jelas kenyataan itu.

Dalam satu hantaran awal di Facebook oleh SCDF, ia telah dimaklumkan berkenaan kejadian itu sekitar 2 petang pada Khamis dan berada di lokasi untuk menyiasat.

Hantaran susulan menyatakan pegawai Dart dan Balai Bomba Marina Bay telah dikerahkan ke lokasi untuk mencari seorang pekerja yang dilaporkan hilang.







Dua anjing mencari SCDF juga telah dikerahkan bagi membantu operasi pencarian itu.

SCDF, dalam respons kepada Berita Harian (BH), turut menyatakan sebanyak 11 kenderaan kecemasan dan sekitar 70 pegawai dikerahkan ke lokasi.


Menukil ST, wakil dari Aik Sun Demolition and Engineering berkata ia memerlukan masa untuk menilai punca runtuhan struktur tersebut.


Dalam pada itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) dalam satu kenyataan bersama menjelaskan ia telah ke tempat kejadian dan mendapati bahawa dinding konkrit di tingkat dua, yang panjangnya kira-kira 10 meter dan tingginya kira-kira 3.8 meter, runtuh di atas jalan ketika ia sedang dirobohkan.

Kenyataan itu menambah bahawa majikan pekerja warga India yang terkorban, syarikat Aik Sun Demolition and Engineering telah diarahkan untuk menghentikan semua kerja-kerja di tapak pembinaan.

Ia berkata lagi bahawa seorang jurutera profesional telah menilai bahawa bangunan itu adalah stabil dan tiada kebimbangan terhadap struktur.

“BCA telah mengarahkan pihak yang terlibat dalam projek untuk menghentikan semua aktiviti pembinaan, dan akan membatalkan permit semua kerja-kerja semasa siasatan sedang dijalankan,” jelas kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >