Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar dapat raih pengalaman bantu warga emas dalam MOU poly, AIC

Nov 27, 2023 | 05:34 PM



Pelajar lima politeknik berpeluang meraih lebih banyak pengalaman amali membantu warga emas menua dengan lebih baik dalam masyarakat, selepas institusi mereka menandatangani satu perjanjian dengan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC). 

Politeknik Nanyang, Ngee Ann, Republik, Singapura dan Temasek memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan AIC untuk menyediakan peluang menjadi sukarelawan dalam penjagaan masyarakat bagi pelajar merentasi pengkhususan dan tahun pengajian berbeza.

Majlis pemeteraian MU itu diadakan di pusat jagaan warga emas Tzu Chi Seniors Engagement and Enabling Node (Nanyang) di Jurong West pada Isnin.

Di bawah MOU itu, pelajar akan memperoleh pengalaman di pusat penuaan aktif dan mengambil bahagian dalam program Duta Generasi Warga Emas (SGA), yang memerlukan mereka melawat warga emas di rumah mereka.

Encik Sng Hock Lin, Ketua Pejabat Generasi Warga Emas, yang menyelia program SGA, berkata AIC akan bekerjasama dengan lima politeknik itu untuk menyepadukan peluang menjadi sukarelawan bagi pelajar dalam format dan situasi berbeza.

Eksperimen melibatkan 60 pelajar dari lima politeknik itu akan diadakan selama enam bulan mulai Julai depan

Beberapa politeknik menerapkan peluang menjadi sukarelawan dalam kurikulum kursus diploma seperti sains sosial, kerja sosial, gerontologi, dan sukan dan kesihatan.

“Sebagai contoh, program SGA boleh menjadi sebahagian daripada bahagian praktikal untuk kursus pengajian mereka. Mereka akan belajar di dalam bilik darjah dan menerapkan pembelajaran mereka kepada konteks dunia sebenar,” kata Encik Sng.

Adalah wajib bagi pelajar tersebut menyertai program sukarelawan itu, tambahnya.

Peluang menjadi sukarelawan juga boleh ditawarkan melalui pembelajaran perkhidmatan atau aktiviti kokurikulum bersama politeknik, kata Encik Sng, memetik contoh Kelab Duta Generasi Perak Politeknik Singapura.

“Pelajar sebenarnya telah meraih pemahaman yang lebih mendalam tentang penuaan. Mereka telah belajar bahawa penuaan tidak selalu menyedihkan, malah ia boleh menjadi positif.

“Mereka juga banyak mempelajari pelajaran hidup daripada warga emas. Warga emas juga sangat menyukai pelajar kerana mereka menawarkan perspektif baru dan bertenaga,” kata Encik Sng.

AIC berharap dapat memperluaskan kerjasama dengan politeknik itu untuk menawarkan peluang kepada kira-kira 300 pelajar menjelang 2024, tambahnya.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Mengulas mengenai usaha itu, Encik Ong berkata buat tempoh masa yang lama, korporat, sekolah dan universiti melihat kerja sukarela sebagai sesuatu yang perlu dilakukan sekali sahaja.

Tetapi usaha sukarela yang lebih berterusan semakin banyak diperlukan, terutama apabila penduduk di Singapura semakin tua.

“Jika kita boleh melakukannya, dan semua orang menyumbang sedikit usaha berterusan untuk membantu dalam masyarakat, kita akan mempunyai masyarakat yang sangat berbeza,” kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >