Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pelajar giat kerja kemasyarakatan cemerlang peperiksaan GCE 'A'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelajar giat kerja kemasyarakatan cemerlang peperiksaan GCE 'A'

Feb 20, 2021 | 05:30 AM

MESKI sibuk dengan pelajaran, Liyana Afiqah Mohd Faizal tidak pernah lupa untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Komitmen yang ditonjolkan pelajar berusia 19 tahun dari Raffles Institution (RI, Maktab Rendah) begitu kukuh - dalam kesibukan mengimbangi tugasan sekolah, dia masih sempat mengajar tuisyen secara percuma kepada kanak-kanak keluarga susah.

Malah, dia juga sempat turun padang dan menyingsing lengan, menganjur serta membawa warga tua yang mempunyai penyakit demensia bersiar-siar selain melakukan aktiviti yang merangsang minda mereka, setiap minggu sepanjang tempoh dua bulan.

Kerjasama yang dia jalin dengan Khidmat Masyarakat Touch dan Hospital Tan Tock Seng bagi projek Walk 2 Remember itu turut membina keyakinan untuk terus membantu mereka yang memerlukan tidak kira umur, latar belakang mahupun agama.

"Saya rasa saya bertuah kerana dapat meraih peluang pendidikan yang baik selain menerima pelbagai anugerah dan biasiswa.

"Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menyumbang balik kepada masyarakat dalam apa jua cara yang saya mampu," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Perempuan Raffles yang mengikuti Program Bersepadu (IP) ini juga berkata ibu bapanya menjadi inspirasinya untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan.

Menurutnya, ibu bapanya yang merupakan seorang pengurus dan pengetua sekolah menengah, ada kalanya mengajaknya sama-sama membantu melakukan kerja sukarela di kelab-kelab masyarakat.

Liyana, yang meraih enam gred A dalam semua mata pelajaran yang didudukinya termasuk Ekonomi, Biologi dan Kimia, merupakan antara 11,646 calon yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' tahun lalu, di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Daripada bilangan tersebut, seramai 10,905 atau 93.6 peratus calon telah meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2, dengan kelulusan dalam Kertas Am (GP) atau Pengetahuan dan Inkuiri (KI), kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dalam pada itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan RI, 98 peratus daripada sejumlah 1,218 pelajar yang menduduki peperiksaan itu meraih 3 kelulusan H2, dengan kelulusan dalam GP atau KI.

Dengan keputusan tersebut, dia berharap untuk memohon mengikuti kursus perubatan di Universiti Nasional Singapura (NUS).

"Saya mahu membuat perubahan kepada masyarakat menerusi bidang perubatan... saya juga memang gemar pada kanak-kanak, jadi saya berharap dapat mendalami jurusan pediatrik," ujarnya.

LAPORAN LANJUT: Disleksia tidak halang raih kecemerlangan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3