Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pelajar M’sia ikat perut bila Ringgit merudum

Jul 09, 2023 | 05:00 PM



Impiannya adalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di sini setelah sempadan antara Singapura dan Malaysia dibuka semula. 

Sebelum ke sini, Encik Kenneth Ng dan keluarganya juga telah membuat perancangan kewangan untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan persekolahannya di Singapura. 

Namun begitu, selepas hampir dua tahun berada di sini, Encik Ng akur beliau kian merasakan tekanan membiayai kos sara hidup di sini serta yuran sekolah selepas nilai Ringgit terus merudum.

Kemerosotan nilai Ringgit dikhuatiri telah memberi kesan segera kepada beberapa pihak termasuk pelajar Malaysia di luar negara serta ibu bapa mereka.

Kadar tukaran berbanding satu $1 ialah RM3.46, manakala berbanding dolar Amerika Syarikat pula menghampiri RM4.658.

Seperti beberapa pelajar Malaysia lain yang telah Berita Harian (BH) hubungi, Encik Ng, 19 tahun, yang berasal dari Johor Bahru, berkata beliau terpaksa meneliti semula perbelanjaan sehariannya agar dapat berjimat.


Selain melakukan beberapa perubahan gaya hidup dan mengurangkan perbelanjaan mereka, beberapa pelajar Malaysia juga berkata mereka bekerja sambilan untuk menambahkan pendapatan mereka di samping ingin meringankan beban ibu bapa mereka.

“Walaupun saya baru berada di Singapura tidak sampai dua tahun, namun kemerosotan mata wang Malaysia ini memang dapat dirasakan di kalangan pelajar Malaysia di sini.

“Ramai di antara kami terpaksa ‘mengetatkan poket’ kami agar tidak boros berbelanja. Kami tidak mahu membebankan lagi keluarga kami yang telah banyak berkorban untuk memastikan kami dapat meneruskan pelajaran kami di sini,” kata pelajar tahun kedua dalam bidang kejuruteraan di sebuah institusi swasta.

Hampir 47,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di institut pengajian tinggi dan universiti di luar negara pada pertengahan 2022, menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, sekitar 1,300 pelajar Malaysia menuntut di Singapura. 

Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Jayden Tan, berkongsi bahawa sebagai cara mereka berjimat adalah dengan menyediakan makanan mereka sendiri ataupun membeli makanan di kantin sekolah yang menawarkan harga yang berpatutan.

“Kadangkala, kami (pelajar Malaysia) akan sama-sama membantu antara satu sama lain untuk memasak. Kami akan cuba membeli bahan-bahan dari kedai yang menawarkan harga yang murah. Jika tidak memasak, kami akan membeli makanan kami dari gerai di sekolah.

“Meskipun jumlah kemerosotan ini tidak begitu ketara, namun apabila kita perlu mengambil kira kesemua perbelanjaan seperti yuran sekolah, kos sewa kediaman dan pengangkutan awam, ia amat besar,” jelas mahasiswa tahun kedua jurusan sains data dan analitik berusia 21 tahun itu. 

Rata-rata ramai pelajar yang dihubungi akhbar ini berkata mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka hampir 30 peratus dan memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk keperluan kecemasan.

Cik Lee Wan Ning, 20 tahun, berkata buat masa ini beliau menetapkan elaun mingguan sebanyak $100 termasuk pengangkutan dan bil telefon dan akan menabung sekurang-kurangnya $30 setiap minggu sekiranya sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Pelajar bidang penerbitan media dan desain di Politeknik Republik (RP) itu berkata pada masa lapangnya, beliau meluangkan masa untuk mendapatkan pendapatan tambahan. 

“Pada waktu cuti penggal sekolah dan cuti semester, saya akan bekerja membantu di acara pameran.

“Waktu bekerja juga bergantung pada hari-hari yang boleh saya bekerja,” ujar Cik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >