Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan bangunkan Geylang Serai jalur budaya masyarakat

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN untuk membangunkan kawasan Geylang Serai menjadi jalur budaya masyarakat Melayu didedahkan semalam.



Pelbagai inisiatif, dari segi pembangunan prasarana dan program masyarakat, akan dilaksanakan di bawah projek Jalur Budaya Geylang Serai itu. Usaha itu bertujuan menyuntik nafas baru kepada kawasan tersebut, serta meraikan sejarah dan warisannya.



Sebagai permulaan, sebuah ruang masyarakat baru akan dibina bersebelahan bangunan Wisma Geylang Serai (WGS).



Dinamakan Anjung@WGS, ruang berbumbung itu boleh digunakan untuk acara sukan, perkahwinan dan acara masyarakat, dan disasarkan siap tahun depan. Pemasangan lukisan batik juga akan dipamerkan di hadapan bangunan WGS sebahagian rancangan untuk memberi identiti unik kepada kawasan itu.



Dalam pada itu, satu pertandingan reka bentuk juga akan dilancarkan untuk memilih arkitek yang akan melaksanakan peningkatan kawasan Geylang Serai itu.



Ini diumumkan semalam oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang telah dilantik Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong untuk menerajui jawatankuasa projek itu sejak 2018.



Dr Maliki mendedahkan rancangan awal bagi jalur budaya itu semalam, dalam acara sambutan ulang tahun kedua WGS tahun ini.




Laporan lanjut






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >