Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan bank dinasihat beralih kepada pemberitahuan-tekan kerana lebih selamat daripada SMS

Oct 30, 2023 | 05:27 PM



Pelanggan harus beralih kepada kaedah pemberitahuan-tekan (push notification) dan bukan amaran SMS untuk perbankan pendigitalan kerana ia lebih selamat dan terjamin, menurut pakar.


Khamis lalu, Bank OCBC memberitahu pelanggannya bahawa ia tidak lagi menggunakan SMS sebagai kaedah utama untuk memaklumkan pelanggan tentang kegiatan perbankan seperti bayaran dan pemindahan dana. Pelanggan sebaliknya akan menerima amaran melalui pemberitahuan-tekan dan e-mel.

“Mesej SMS merentasi rangkaian telekomunikasi dan kemudian sampai ke telefon bimbit pelanggan. Malangnya, label penghantar untuk mesej-mesej tersebut boleh ditipu dengan mudah, satu kelemahan yang telah menyebabkan penipuan meningkat,” kata penasihat dan pakar strategi keselamatan siber Check Point Software Technologies, Encik Vivek Gullapalli, kepada akhbar The Straits Times.

Beliau menambah bahawa bank telah mengenal pasti kelemahan tersebut dan sedang menerokai alternatif, kaedah komunikasi lebih selamat yang tidak bergantung pada SMS.

Dalam kes pemberitahuan-tekan, kandungan diterima di aplikasi telefon bimbit dan diurus oleh bank, kata Encik Gullapalli. Ini memastikan bahawa keseluruhan proses berlangsung dalam gelung tertutup, lalu terkawal dan selamat, menawarkan keselamatan tambahan.

E-mel, bagaimanapun, kekal terdedah kepada serangan pancingan data, apabila penipu boleh menyamar bank untuk menipu pelanggan, katanya. Walaupun begitu, e-mel menawarkan langkah keselamatan sandaran, apabila peranti telefon bijak pelanggan terjejas.

Pengarah kejuruteraan keselamatan di Kumpulan Synopsys Software Integrity, Encik Kelvin Lim, berkata bahawa protokol SMS berdasarkan teknologi 30 tahun ketika landskap keselamatan siber sangat berbeza.

“Mesej SMS tradisional kurang sulit dan tidak terjamin,” kata Encik Lim. Ini boleh mengakibatkan penyerang menyamun dan membaca kandungan mesej teks tanpa pengetahuan pengguna.

Sebaliknya, pemberitahuan-tekan lebih sulit dan dihantar dengan selamat dari bank kepada aplikasi perbankan, menjadikannya lebih sukar untuk penggodam memintas, kata Encik Lim. Keselamatan tambahan ini juga akan menanggalkan risiko pelanggan menjadi mangsa pancingan data SMS, di mana penggodam menyamar sebagai bank dan menghantar SMS berniat jahat kepada pelanggan.

Encik Lim menambah bahawa gabungan pemberitahuan-tekan dan e-mel adalah “gabungan baik” – kerana maklumat terhad boleh dihantar menerusi pemberitahuan-tekan. E-mel adalah cara baik untuk menyampaikan maklumat yang tidak sulit dan satu pilihan untuk menghantar fail sulit bagi maklumat sulit.

Beralih daripada SMS kepada pemberitahuan-tekan juga akan membantu bank melihat penjimatan berpotensi walaupun aspek penjimatan kos kurang penting.

Menurut Encik Gullapalli, adalah wajar bagi pelaburan dalam saluran ini dipertingkatkan, memandangkan pergantungan kepada pemberitahuan-tekan dan e-mel. Pelaksanaan ciri-ciri tersebut akan mengenakan kos persediaan sekali, di samping perbelanjaan operasi berulang.

Dengan pengguna hari ini sangat bergantung kepada telefon mudah alih mereka untuk pelbagai urusan daripada hiburan kepada pembayaran, tahap risiko meningkat dengan ketara apabila peranti mudah alih terjejas, atau apabila kesahihan SMS dipersoalkan, katanya.

Rangka kerja yang dicadangkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pembangunan Media Infokom (MDA) berusaha untuk mengukuhkan akauntabiliti langsung institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi kepada pengguna. Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama meletakkan kewajipan ke atas institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi, menjadikan mereka bertanggungjawab untuk membayar jika mereka gagal melaksanakan tugas ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >