Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipu reka laman palsu ‘WhatsApp Web’, ceroboh akaun mangsa: Polis

Oct 27, 2023 | 04:55 PM



Pengguna Internet perlu berhati-hati apabila hendak mengakses akaun WhatsApp daripada komputer masing-masing menerusi laman WhatsApp Web.

Ini kerana terdapat sejenis penipuan pancingan data baru berbentuk laman palsu yang menyerupai laman rasmi WhatsApp Web.

Apabila pengguna memasuki laman itu, ia akan – secara tidak sengaja – membolehkan penipu mengakses akaun WhatsApp mereka tanpa izin atau pengetahuan mereka, untuk melakukan kegiatan penipuan.

Polis mengeluarkan amaran terhadap jenis penipuan pancingan data baru itu pada Jumaat.







Ia berlaku apabila pengguna Internet hendak mengakses akaun WhatsApp mereka melalui komputer atau desktop dengan melakukan carian untuk laman rasmi, WhatsApp Web, menerusi enjin carian.


Kemudian mangsa akan klik masuk pautan yang tersenarai di kedudukan teratas senarai carian, tanpa meneliti atau perasan alamat URL, WhatsApp Web, itu bukanlah yang tulen, kata polis.

Sebaliknya ia adalah laman palsu yang diguna bagi tujuan pancingan data yang dikandung dalam kod QR rasmi diambil daripada laman rasmi WhatsApp, jelas polis lagi.

Apabila mangsa mengimbas kod QR yang tertera dalam laman palsu itu dengan aplikasi, WhatsApp, menerusi telefon bimbit masing-masing, mereka akan perasan laman web itu akan tersendat dan tidak membawa mangsa kepada kaedah, WhatsApp Web, dalam komputer.


Namun, penipu yang telah memasukkan kod QR itu dalam laman palsu itu kemudian akan diberi izin untuk mengakses akaun WhatsApp mangsa secara berasingan.

Dengan berbuat demikian, mereka boleh melakukan pelbagai kegiatan tanpa pengetahuan dan izin mangsa seperti menghantar mesej kepada kenalan mangsa untuk meminta butiran peribadi atau maklumat perbankan Internet, serta meminta kenalan itu memindahkan wang kepada akaun bank lain tertentu.

Oleh kerana mangsa masih berupaya mengakses akaun WhatsApp mereka sambil penggodam menjalankan kerja penipuan itu, mangsa hanya perasan akaun WhatsApp mereka telah dikuasai pihak lain apabila kontak mereka memberitahu telah menerima beberapa permintaan mencurigakan yang dihantar menerusi akaun mangsa – seperti permintaan bagi pemindahan wang atau maklumat perbankan.


Lantaran itu, polis menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan beberapa langkah berjaga-jaga.


Antara lain, pengguna perlu memastikan mereka menggunakan aplikasi desktop atau komputer rasmi WhatsApp serta memasuki laman rasmi WhatsApp, bagi kaedah WhatsApp Web. Alamat rasminya adalah: https://web.whatsapp.com.


Kedua, jangan sesekali mengongsi kod pengesahan akaun WhatsApp, maklumat peribadi, butiran perbankan serta kata laluan sekali sahaja (OTP) kepada sesiapa.


Ketiga, pengguna perlu hati-hati terhadap permintaan mencurigakan yang diterima menerusi WhatsApp meskipun ia dikirim menerusi kontak WhatsApp tersendiri.


Keempat, pengguna juga dinasihatkan supaya melindungi akaun WhatsApp masing-masing dengan menggunakan ciri ‘Pengesahan Dua Langkah’ atau ‘Two-Step Verification’.


Kelima, pengguna perlu memeriksa secara kerap, peranti-peranti yang terikat menerusi WhatsApp atau ‘Linked Devices” untuk meniliti peranti-peranti yang mempunyai akses kepada akaun WhatsApp mereka.


Terakhir sekali, orang ramai dinasihatkan supaya menetapkan kod peranti dan berhati-hati terhadap sebarang individu yang boleh mengakses telefon bimbit masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >