Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan boleh jimat hingga $2,000 dalam inisiatif baru FairPrice

Jun 16, 2023 | 03:44 PM



Setiap pelanggan pasar raya FairPrice kini boleh berjimat hingga $2,000 di bawah satu inisiatif yang dinamakan ‘Save Every Day’ dari 15 Jun hingga 13 September 2023.

Kempen itu, yang dilancarkan pada 15 Jun oleh FairPrice Group (FPG), menawarkan hingga 400 kupon diskaun yang boleh digunakan bagi pembelian pelbagai keperluan harian.

Kupon itu boleh digunakan juga bagi promosi, diskaun dan rebat lain yang sedia ada.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu pelanggan di tengah-tengah kos hidup yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FPG, Encik Vipul Chawla, berkata: “Kempen ‘Save Every Day’ di bawah usaha FPG diadakan bagi membantu warga Singapura meningkatkan nilai dolar mereka.

“Tujuan pertama FPG ialah menyederhanakan kos hidup bagi masyarakat. Kami memahami tekanan inflasi yang menjejas pendapatan isi rumah dan kami bertekad memastikan keperluan harian kekal mudah diperolehi untuk pelanggan kami.”

Kupon itu boleh didapatkan dari pasar raya FairPrice. Pelanggan boleh turut mengaktifkan baucar ini bagi pembelian dalam talian menggunakan aplikasi FPG.

Selain kupon dan baucar itu, pengguna aplikasi FPG boleh menantikan tawaran yang disediakan menerusi kempen ‘50 days of savings’ dari 15 Jun 2023 hingga 3 Ogos 2023.

Menerusi kempen ‘50 days of savings’ ini, pengguna aplikasi FPG boleh menikmati penjimatan apabila mereka membeli produk keluaran FairPrice melalui aplikasi FPG.

FPG juga akan melanjutkan jualan kopi dan teh berharga 50 sen di kedai Kopitiam yang mengambil bahagian hingga 3 Ogos 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >