Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pelepasan imigresen lebih pantas bagi penunggang motosikal di Pusat Pemeriksaan Tuas

Aug 16, 2023 | 04:49 PM



Penunggang motosikal yang memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas kini mengalami proses pemeriksaan melepasi imigresen dengan lebih cepat pada waktu sibuk sebelah pagi.

Ia adalah hasil Operation Sunrise – satu inisiatif yang dilaksanakan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sejak Mei 2023 untuk mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan pelepasan imigresen bagi motosikal yang masuk ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas, lapor The Straits Times.


Operasi itu melibatkan pengalihan trafik motosikal ke lorong motosikal automatik yang tidak lagi digunakan untuk kenderaan yang berlepas dari Singapura.

Dengan membuka 30 lagi lorong seperti itu, ICA boleh mengawal motosikal yang biasanya menyesakkan jalan laluan bagi lori dan kereta yang menuju ke Pusat Pemeriksaan Tuas dari Malaysia.

Bilangan motosikal yang meningkat yang memasuki Pusat Pemeriksaan Tuas dari Malaysia mendorong langkah penting mempercepatkan pelepasan imigresen.

Sekitar 123,000 orang memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas pada setiap hari biasa, dengan 55 peratus daripada mereka, atau sekitar 68,000 merupakan penunggang motosikal.

Beberapa penunggang motosikal memberitahu The Straits Times bahawa langkah itu membantu menjimatkan masa.


Ia melebihi bilangan 65,000 penunggang motosikal yang menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas setiap hari sebelum Covid-19, menurut ICA, sambil menambah bahawa pusat pemeriksaan itu kini menjadi lintasan utama bagi penunggang motosikal yang membuat perjalanan antara Singapura dan Malaysia pada waktu sibuk.

Dalam waktu sibuk pada hari biasa 5-9 pagi, sekitar 22,000 penunggang motosikal melintasi Pusat Pemeriksaan Tuas setiap hari.

Sebelum Operation Sunrise, 40 lorong automatik dan sehingga sembilan kaunter kereta digunakan untuk pemeriksaan melepaskan motosikal di zon ketibaan di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Melalui inisiatif baru itu, kapasiti pelepasan automatik untuk motosikal yang tiba pada waktu sibuk sebelah pagi telah meningkat daripada 40 kepada 70 lorong automatik, menurut ICA.

Superintendan Lian Zhimin, Penolong Kanan Komander di Pusat Pemeriksaan Tuas berkata: “Setiap pagi hari biasa, kami mengalihkan motosikal ke zon pelepasan kecuali jika cuaca buruk.

“Operation Sunrise telah membolehkan kami memaksimumkan kapasiti pelepasan automatik kami sepenuhnya untuk pemeriksaan melepaskan motosikal dengan lebih pantas.”

Beliau memberitahu The Straits Times bahawa Operation Sunrise adalah operasi ‘neutral tenaga kerja’. Pegawai di Pusat Pemeriksaan Tuas melakukan tugas mengatur jalan dan keselamatan jalan raya di samping melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas penunggang motosikal.


Buat masa ini, Operation Sunrise hanya dilaksanakan pada waktu sibuk sebelah pagi bagi motosikal yang masuk ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas, tetapi ICA menyatakan ia sedang meneroka inisiatif serupa bagi Pusat Pemeriksaan Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >