Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang kepimpinan di ITE bina semangat

​​Pelajar terima Anugerah CCA Lee Kuan Yew atas kecemerlangan semasa terlibat dalam Majilis Pelajar
Jun 20, 2023 | 01:56 PM



Walaupun perlu mengimbangkan masa untuk menyiapkan kerja sekolah dan menjaga ibunya yang menghidapi komplikasi buah pinggang, Cik Tasneem Mohamad Hisam tetap memilih untuk melibatkan diri dalam Majilis Pelajar (Student Council) di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Timur.

Cik Tasneem ialah antara tiga pelajar ITE yang menerima Anugerah Kegiatan Kokurikulum (CCA) Lee Kuan Yew dalam satu majlis penyampaian Anugerah Pencapai Pelajar ITE pada 25 Mei.

Bercakap kepada Berita Harian (BH) semasa majlis tersebut, beliau berkata penglibatannya dalam Majilis Pelajar mendorongnya kekal fokus pada pelajaran dan berkhidmat untuk kolejnya.

“Saya amat beruntung kerana dikelilingi pelajar sehaluan yang saling memahami dan mendorong satu sama lain. Disebabkan mereka berkongsi azam yang sama untuk berkhidmat pada kolej, persekitarannya sangat positif dan membina semangat saya untuk terus berusaha,” jelas Cik Tasneem, yang merupakan naib presiden Majilis Pelajar tersebut.

Sebagai naib presiden, beliau memimpin rakan pelajar lain dalam aktiviti-aktiviti dan projek kolej berskala besar.

Antaranya, beliau telah memimpin projek mengumpul dana Youth For Causes (YFC) anjuran YMCA Singapura untuk Perkhidmatan Penjagaan Bethesda yang berjaya mengumpul sekitar $103,000.

Jumlah pengumpulan itu paling merupakan paling tinggi sejak penyertaan pertama Majilis Pelajar tersebut pada 2018 dan telah menerima beberapa pengiktirafan termasuk Anugerah Distinction YFC, Anugerah Pengumpul Dana Terbaik YFC dan Anugerah Pengurusan Dana Terbaik YFC.

Pengumpulan dana kemudian digunakan untuk penjagaan belia di bawah perkhidmatan tersebut.

Menurut Cik Tasneem, pengumpulan dana itu merupakan antara pengalaman berfaedah bagi beliau kerana ia merupakan antara projek besar-besaran yang telah membolehkan beliau menggunakan dan mengasah kemahiran kepemimpinan.

Melalui peluang ini, beliau mempelajari cara berinteraksi dengan belia lain secara efektif, menguruskan projek besar serta berfikir dengan kreatif untuk mengumpul dana.

Beliau juga berkongsi bahawa pengurusan masa yang beliau praktikkan merupakan sesuatu yang diasah ibu bapanya pada peringkat usia yang muda.

“Sebenarnya, ibu bapa saya banyak membantu dalam pengurusan masa. Sejak kecil lagi, mereka selalu mengajar dan membimbing saya dalam pembahagian masa dan mengatur keutamaan saya. Jadi bila saya dicabar dengan pembahagian masa di ITE, saya rasa lebih bersedia,” tambah anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu.

Cik Tasneem kini menyambung pengajian dalam Diploma Perdagangan Antarabangsa & Perniagaan di Politeknik Ngee Ann.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >