Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemain bola sepak Eropah tertarik dengan teh tarik di Arab Street

Pemilik kedai imbas pengalaman manis ‘tarik teh’ dengan pemain Tottenham Hotspur
Aug 04, 2023 | 06:42 PM



Menerima kunjungan pelanggan luar negara yang mencuba teh tariknya bukan asing bagi pemilik kafe “Tarik” di Arab Street, Shaikh Ali Redha Shaikh Alwie.

Namun belum pernah beliau mendapat kunjungan pemain bola sepak antarabangsa Eropah yang bukan sekadar berkunjung, malah cuba untuk “menarik” teh yang biasa dihasilkannya.

Nama seperti Cristian Romero, Yves Bissouma, Guglielmo Vicario dan Destiny Udogie sememangnya terkenal di Eropah selaku antara pemain handalan bersama pasukan Liga Perdana England (EPL), Tottenham Hotspur.

Semasa kunjungan mereka ke Singapura baru-baru ini sempena perlawanan pramusim menentang Lions City Sailors, keempat-empat pemain itu sempat mencuba menghasilkan teh – lebih tepat lagi teh tarik.







Lebih menarik lagi kehadiran keempat-empat pemain itu di kafenya pada 25 Julai lalu, Tarik, yang terletak di Arab Street yang turut cuba “menarik” teh di bawah bimbingan Shaikh Ali sendiri, telah disiarkan dalam YouTube Tottenham Hotspur.

“Ini pengalaman sekali sahaja.

“Maka untuk mendapat kunjungan mereka dan kemudian mereka sendiri “tarik” teh dan mencuba teh yang saya hasilkan, pastinya pengalaman amat manis,” katanya yang mendapat sokongan isterinya, Cik Fayrouz Nour, 38 tahun serta anak tunggalnya, Shaikha Lutfana Shaikh Ali, 11 tahun.

Dalam video yang disiarkan akaun rasmi Tottenham Hotspur, pemain midfield, Bissouma dan penjaga gawang baru Tottenham Hotspur, Vicario, dilihat mencuba menarik teh yang telah disediakan Shaikh Ali.

Meskipun tidak mengikuti perkembangan dunia bola sepak, namun Shaikh Ali mendapati Bissouma, kelihatan selesa menarik teh.

“Beliau mengakui pernah melakukan aksi sedemikian sebelum ini,” kata Shaikh Ali yang turut menerangkan tentang kandungan teh tarik kepada para pemain itu.

Shaikh Ali telah membuka kafenya itu sejak hampir dua tahun lalu semasa Covid-19, selepas khidmatnya sebagai pramugara dihentikan sementara gara-gara pandemik.

Sejak itu, nama gerainya mulai dikenali ramai penduduk – setempat dan luar negara.

“Semasa khidmat saya dihentikan sementara, saya bekerja sebagai penghantar makanan, pegawai pemeriksaan kesihatan di Lapangan Terbang Changi, dan pelbagai pekerjaan untuk menampung keluarga.

“Tapi saya tidak pernah berputus asa, malah Tuhan telah membuka laluan untuk saya lakukan perniagaan ini sehingga hari ini,” kata bapa seorang anak perempuan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >