Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemain boling S’pura menang emas dan perak kejohanan dunia

Oct 10, 2023 | 02:31 PM



Pemain boling negara telah meraih tempat pertama dan kedua di Kejohanan Boling Dunia IBF di Kuwait pada Isnin.

Darren Ong menewaskan rakan sepasukannya Jaris Goh 184-179, 208-164 dalam final perseorangan lelaki untuk meraih pingat emas.

Ini kali pertama seorang pemain boling lelaki Singapura menang kejuaraan perseorangan di kejohanan dunia sejak kemenangan Remy Ong di Korea Selatan pada 2006.

Ong, 27 tahun, mengatasi pemain Jerman, Tobias Bording, 208-222, 224-173, 225-213 dalam separuh akhir, sementara Goh, 28 tahun, mengatasi pemain Qatar, Ghanim Aboujassoum 211-204, 248-242.

Selepas pasangan itu memastikan final milik kededua pemain Singapura, presiden Boling Singapura, Valerie Teo, dalam hantaran di media sosial berkata:

“Seorang juara dunia baru, seorang juara dunia baru warga Singapura!

“Dua jejaka ini Jaris Goh dan Darren Ong telah mencapainya. Menang kededua perlawanan separuh akhir mereka dan kini meraih pingat emas dan perak.

“Final melibatkan kededua pemain Singapura dalam Perseorangan Lelaki Kejohanan Dunia IBF!! Woohoo! Dan tahniah kepada semua orang dan pasukan yang menyokong mereka!”

Di Kelab Kesukanan Boling Kuwait di Salmiya, para pemain boling itu perlu memberi sepenuh perhatian dari awal.

“Hanya pemenang dalam peringkat kumpulan akan layak ke pusingan kedua, dengan Ong dan Goh unggul dalam kumpulan masing-masing yang terdiri daripada enam pemain lelaki,” katanya.

Pusingan kedua mempunyai format serupa, dan pasangan itu tidak mampu membuat sebarang kesilapan.

“Ong, yang mempunyai mata yang sama dengan pemain Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Ql Qubaiisi, terpaksa bergantung kepada roll-off untuk maju ke separuh akhir bersama Goh, Aboujassoum dan Bording.


Ong, yang menang kejuaraan antarabangsa individu pertamanya di Terbuka Antarabangsa Filipina pada Mei, masih terperanjat selepas kemenangan terkininya itu.

“Saya fikir masih sukar untuk saya mempercayainya. Saya ingin sekali berterima kasih kepada pasukan saya, terutamanya Jaris, yang saya tentang dalam final.

“Saya tahu Remy merupakan juara dunia terakhir, tapi tak pasti bila.

“Saya tidak ingin bandingkan dengan apa-apa, saya fikir kini ia generasi pemain boling.

“Jika tidak saya, mungkin Jaris akan berada di sini hari ini,” kata Ong.

Goh pula berasa gembira kerana seorang warga Singapura memenanginya, dan tidak kira siapa yang menang emas.

Beliau berkata: “Ia satu pertandingan yang mencabar buat semua pemain dan saya bernasib baik kerana dapat melangkah sehingga ke peringkat akhir. Selagi Singapura menang, saya fikir itulah yang paling penting kerana seseorang akan tewas juga akhirnya.”

Penolong jurulatih kanan pasukan nasional, Vincent Lim, ternyata amat gembira dengan pencapaian tersebut.

“Kami raih banyak pengajaran setiap hari daripada latihan yang dilakukan dan tahu apa yang kami perlu lakukan.

“Ia memerlukan seluruh kampung untuk membina pasukan ini kerana mereka telah melalui ramai jurulatih dan saya amat bernasib baik menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam kejohanan dunia ini,” katanya.

Namun Ong turut mengingatkan bahawa “hari sempurna pada hari ini tidak bermakna esok juga sama”, dengan kategori bergandingan, bertiga dan berpasukan akan tiba.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >