Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu tidak boleh belok kanan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands mulai 17 Julai

Jul 06, 2023 | 05:35 PM



Para pemandu tidak lagi dibenarkan belok kanan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands dari Woodlands Centre Road mulai 17 Julai, kecuali bas dan kenderaan yang diberikan keizinan.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata di Facebook pada Khamis bahawa para pemandu boleh menggunakan Ekspreswe Bukit Timah atau Woodlands Road untuk ke Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Peraturan baru ini akan dikenakan pada setiap masa, termasuk cuti umum, dan papan tanda akan dipasang di sepanjang laluan berdekatan untuk mengingatkan pemandu tentang perubahan itu.

Buat masa ini, sekatan itu dilaksanakan hanya pada waktu sibuk bagi menguruskan trafik yang memasuki Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Selepas semakan bersama oleh ICA dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), ia telah dijadikan kekal untuk memastikan pergerakan kenderaan yang selamat di jalan raya menuju ke pusat pemeriksaan.

ICA berkata peraturan trafik yang disemak itu akan memudahkan pergerakan bas awam ke dalam pusat pemeriksaan dan juga ke kawasan sekitar semasa waktu sibuk.

LTA berkata: “Ia juga akan membolehkan kenderaan beratur dengan lebih teratur memasuki pusat pemeriksaan, mengurangkan kejadian memotong barisan dan meningkatkan keselamatan pemandu dan pegawai yang melaksanakan kawalan trafik di Woodlands Crossing.

Mereka yang ditangkap melanggar peraturan trafik boleh didenda sehingga $1,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang boleh didenda sehingga $2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Koswe, yang menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, merupakan antara lintasan sempadan paling sibuk di dunia, dengan lebih 350,000 orang melalui setiap hari sebelum pandemik.

Hampir 1.5 juta orang melalui kedua-dua pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas pada hujung minggu panjang Hari Vesak dari 1 hingga 4 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >