Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembukaan semula 7 NPP ditangguh ekoran ubah suai tergendala

Aug 31, 2023 | 04:31 PM



Pembukaan semula tujuh Pondok Polis Kejiranan (NPP) akan ditangguhkan selama dua bulan, berikutan kerja-kerja ubah elok yang tergendala menjejas peralatan utama, kata polis.

NPP yang terjejas ialah NPP Clementi, Dover, Thomson, Aljunied, Paya Lebar, Bedok dan Changkat.

Kesemua NPP ini, yang ditutup untuk ubah elok pada September 2022, akan dibuka semula pada November dan bukan September.

Penangguhan ini berpunca daripada kerja-kerja yang tergendala yang menjejas peralatan utama menyediakan perkhidmatan polis automatik seperti kiosk bantu diri untuk melaporkan jenayah dan khidmat layan diri untuk memulangkan barangan yang ditemui, kata polis dalam pos Facebook pada Rabu.

Mereka yang memerlukan perkhidmatan polis semasa tempoh ubah elok dinasihatkan untuk ke NPP yang berdekatan atau ke Pusat Polis Kejiranan (NPC).

Bagi kes bukan kecemasan, penduduk juga boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Polis dalam talian di laman police.gov.sg/e-services.


Penduduk yang memerlukan bantuan polis segera boleh menghubungi talian 999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >