Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan teliti usul NTUC, giatkan sokongan untuk penjaga yang bekerja

Sep 20, 2023 | 11:31 PM



Pemerintah akan meneliti dan menimbangkan saranan dibentangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berhubung dengan sokongan dipertingkatkan bagi pekerja yang mempunyai tanggungjawab penjagaan. 

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Rabu, sebarang usaha meningkatkan sokongan ini harus mengambil kira faktor seperti keperluan perniagaan dan kos prasarana. 

Awal dari ini, NTUC telah mengetengahkan beberapa saranan hasil dapatan satu tinjauan yang dijalankan ke atas 1,000 responden. 

Ini termasuk pekerja harus diberi cuti penjagaan bergaji untuk menjaga ahli keluarga lanjut usia dan pekerja diberi akses kepada aturan kerja lebih fleksibel (FWA). 

MOM berkata dapatan NTUC adalah sejajar dengan maklum balas lalu yang diterima pemerintah berhubung dengan penjagaan.

Apabila ditanya apa yang akan paling membantu mereka menguruskan pekerjaan dan tanggungjawab penjagaan, 85 peratus responden lebih suka FWA, disusuli dengan cuti bergaji untuk menjaga anggota keluarga (64 peratus) dan sokongan kewangan seperti insurans kesihatan (57 peratus).

“Adalah penting agar sebarang usaha tambahan untuk menyokong penjaga yang bekerja dapat dikekalkan, sambil mengambil kira keperluan dan hambatan perniagaan di tengah-tengah sekitaran inflasi tinggi dan kos struktur lain ekoran ketidaktentuan geo-politik dan kemungkinan gangguan rantai bekalan.

“Pemerintah akan menimbangkan maklum balas NTUC,” kata MOM. 

Kumpulan kerja baru dibentuk yang akan membangunkan Garis Panduan Tiga Pihak mengenai FWA menjelang 2024, dipengerusikan bersama oleh Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; Pengarah NTUC Wanita dan Keluarga serta U SME, Cik Yeo Wan Ling, dan Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), Encik Edwin Ng.

Kumpulan kerja rakan tiga pihak itu akan meneliti cara untuk memberi sokongan lebih baik kepada penjaga yang bekerja menerusi FWA.

Sementara itu, MOM berkata usaha yang dipergiatkan oleh rakan kerjasama tiga pihak untuk menjadikan FWA lebih lazim telah menunjukkan kemajuan yang baik, 

Jumlah majikan yang menawarkan sekurang-kurangnya satu FWA secara konsisten meningkat kepada 71 peratus berbanding 47 peratus bagi tempoh 2014 hingga 2022. 

Perangkaan ini mencapai 83 peratus, jika ia termasuk majikan yang menawarkan FWA secara ‘ad-hoc’, menurut MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >