Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah ambil aneka langkah kurangi tekanan inflasi: Chee Hong Tat

Nov 07, 2023 | 09:57 PM



Pemerintah telah mengurangkan kesan inflasi global dengan mengambil pelbagai pendekatan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Pada Selasa, Anggota Parlimen (AP) dari Parti Pekerja (WP) mengemukakan saranan, antara lain, berkaitan kenaikan harga air dan pengangkutan semasa usul mengenai krisis kos sara hidup di parlimen.

Usul itu, yang difailkan oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua WP, Encik Pritam Singh, menggesa pemerintah supaya mengkaji semula dasarnya bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup di Singapura.

Encik Chee, berkata: “Semua orang menerima sedikit bantuan tetapi mereka yang berpendapatan rendah menerima lebih bantuan. Ia adalah sistem yang adil dan progresif. 

“Meskipun inflasi naik lebih perlahan di tahap makro, kami sedar bahawa ramai warga Singapura merasakan tekanan daripada kos sara hidup yang lebih tinggi… Kepada rakan warga Singapura, pemerintah mendengar anda dan memahami kebimbangan anda.”

Beliau menambah bahawa pemerintah mengkaji semula sokongan yang diberikan secara tetap dan tampil untuk menambah baik jika perlu.

Encik Pritam turut menggesa pemerintah supaya meninjau prospek menyusun semula harga air mengikut peringkat agar dapat mencerminkan penggunaan air dengan lebih tepat dengan tujuan memberi insentif bagi penjimatan air dan kos yang lebih rendah untuk isi rumah.

Beliau menyarankan struktur tarif lebih adil dan tepat yang mencerminkan penggunaan air dalam lima peringkat – iaitu 0-10 meter padu; 10-20;  20-30; 30-40; dan 40 dan ke atas – dan rejim cukai penjimatan air yang berperingkat.

Contohnya, isi rumah yang menggunakan air 0-10 meter padu dikenakan cukai penjimatan air 30 peratus setiap bulan, manakala mereka yang berada di peringkat 30-40 dikenakan 60 peratus.

Struktur semasa mempunyai dua peringkat, iaitu 0-40 meter padu; dan 40 dan ke atas.

Encik Pritam juga mencadangkan supaya diperkenalkan harga air mengikut peringkat kepada perniagaan.

Buat masa ini, pengguna bukan domestik dikenakan kadar tetap dengan cukai penjimatan air yang lebih rendah berbanding peringkat tertinggi untuk isi rumah.

Dalam memberi responsnya kepada saranan itu, Encik Chee berkata memperbanyakkan peringkat penggunaan air akan mengganggu insentif isi rumah untuk menjimatkan air.

“Mempunyai tambahan peringkat bawah 40 meter padu bermakna semua isi rumah, kaya atau miskin, akan membayar harga air di bawah nilai kekurangan bagi blok pertama penggunaan. 

“Atau, sekiranya saya meletakkan lebih banyak peringkat merentasi peringkat yang berbeza, air yang digunakan di peringkat lebih rendah juga akan merangkumi subsidi kepada keluarga lebih kaya yang menggunakan lebih banyak air,” jelasnya.

Encik Chee menambah bahawa pendekatan pemerintah, sebaliknya adalah meletakkan harga penuh air dan kemudian menyediakan sokongan bagi peringkat yang khusus melalui rebat kepada yang memerlukan.

Dalam menangani kenaikan harga pengangkutan awam, Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) pula mencadangkan model yang lebih ke arah milik negara, yang dinamakan sebagai Syarikat Pengangkutan Nasional (NTC).

NTC adalah entiti pengangkutan darat berbilang modal milik awam, bukan untung yang akan menyelia perancangan dan operasi semua perkhidmatan MRT, LRT dan bas di Singapura.

Encik Chee, ketika memberi respons pada cadangan ini, berkata: “Menjadikan pengangkutan awam milik negara tidak memberi jaminan bahawa hasilnya akan menjadi lebih baik. 

“Kita boleh membuang elemen keuntungan jika menjadikannya milik negara dan mempunyai jabatan pemerintah. Tetapi, oleh kerana entiti milik negara tidak menghasilkan keuntungan, ini tidak semestinya bermakna penumpang akan mendapat hasil yang lebih baik.”

Pada akhirnya, pemerintah mahu sistem pengangkutan awam yang lebih baik untuk Singapura, tambah beliau.

Antara saranan lain yang dikemukakan AP WP termasuk berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), perumahan dan penjagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >