Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran program SG Lebih Sihat bermula 5 Julai

Jul 02, 2023 | 04:56 PM



Bermula 5 Julai 2023, warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura, bermula dengan mereka yang berusia 60 tahun ke atas, boleh mendaftar bagi program SG Lebih Sihat.

Mereka akan diundang oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mendaftar dengan poliklinik atau klinik doktor perubatan umum (GP) SG Lebih Sihat melalui SMS.

Setelah golongan warga emas menerima SMS tersebut, MOH akan menghantar SMS kepada mereka yang berusia antara 40 dengan 59 tahun pula.

Seramai 2 juta penduduk Singapura berusia 40 tahun ke atas dijangka meraih manfaat daripada program tersebut jelang akhir 2024, menurut kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Program tersebut bertujuan menyokong warga Singapura untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik dan akan memberi tumpuan terhadap penjagaan pencegahan dan pengurusan yang lebih baik bagi keadaan kronik sedia ada.

Sehingga 1 Julai 2023, lebih 900 klinik GP sudah pun mendaftar untuk mengambil bahagian dalam program SG Lebih Sihat.

Untuk mendekati lebih ramai penduduk yang layak mendaftar, MOH akan mengerahkan sekitar 1,000 Duta SG Lebih Sihat ke kelab masyarakat (CC) dan Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) di seluruh negara untuk menjelaskan, menggalakkan dan membimbing mereka dalam proses pendaftaran.

Tambahan pada itu, 17 jerayawara akan dianjurkan dari Julai hingga November 2023 untuk menyediakan pengalaman lebih baik bagi penduduk untuk mempelajari tentang SG Lebih Sihat dan langkah-langkah yang boleh mereka ambil untuk kekal sihat.

Selepas mendaftar dalam SG Lebih Sihat, penduduk Singapura boleh mengetahui tentang pelbagai aktiviti yang disediakan oleh rakan kongsi masyarakat MOH termasuk Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Persatuan Rakyat (PA) dan Sport Singapore (SportSG).

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan MOH dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), para majikan digalakkan untuk menyokong program SG Lebih Sihat.

“Majikan boleh menggalakkan pekerja yang layak untuk menyertai SG Lebih Sihat dengan memastikan panel syarikat mereka terdiri daripada sebahagian besar klinik SG Lebih Sihat, supaya pekerja boleh mendapat manfaat daripada SG Lebih Sihat dan faedah perubatan majikan.

“Majikan juga boleh menyokong semua pekerja untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dan memenuhi matlamat kesihatan mereka,” kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >