Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendayung wanita ditemui di perairan Sentosa

Oct 25, 2023 | 09:26 AM



Mayat seorang pendayung yang hilang pada pagi Ahad telah ditemui di perairan Sentosa, kata polis.

Ia ditemui di Sentosa oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 3 petang Selasa, kata polis sebagai menjawab pertanyaan daripada The Straits Times.


Polis kemudian mengesahkan mayat itu merupakan seorang wanita berusia 33 tahun yang hilang selepas melakukan ekspedisi berkayak bersama tiga rakannya pada pagi Ahad.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang unsur yang disengajakan,” kata seorang jurucakap sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Kayak wanita itu dilaporkan terbalik di perairan antara Sentosa dengan Pulau Tekukor, di kawasan laut yang dikenali sebagai Selat Buran.

Beliau dilaporkan cuba menyelamatkan salah seorang rakannya, yang kayaknya terbalik, sebelum kayaknya sendiri terbalik.

Kedua-dua mereka dihanyutkan arus, tetapi rakannya, seorang lelaki, dapat diselamatkan oleh bot yang melintasi kawasan itu.

Insiden itu mencetuskan misi mencari dan menyelamat membabitkan SCDF dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Sepasukan penyelam, kapal penyelamat dan kapal peronda dikerahkan untuk mencari wanita itu. MPA juga mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal-kapal di kawasan itu untuk melaporkan sesiapa yang dalam kecemasan.

Pengasas Ninja Kayakers Foilers, Encik Clarence Chua pada Isnin berkata saluran itu adalah hamparan air yang dianggap mencabar walaupun untuk pendayung kayak yang pakar.

“Kami memberinya nama ‘mesin basuh’ kerana putaran air akan menggegarkan anda - kiri, kanan, atas dan bawah,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >