Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Penduduk Marsiling ganding bahu kumpul $58,000 bantu rakyat Gaza

Nov 16, 2023 | 05:41 PM



Sejumlah $58,000.10 berjaya dikumpulkan oleh penduduk dan badan akar umbi Marsiling sebagai derma yang diserahkan kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi membantu penduduk Gaza yang terjejas konflik Israel-Hamas.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, turut hadir di Kelab Masyarakat Marsiling pada Rabu malam untuk menyerahkan cek tersebut kepada RLAF.

“Saya amat terharu dengan kemurahan hati penduduk dan sokongan daripada Yayasan Masyarakat PAP (PCF) dan badan akar umbi Marsiling.

“Sewaktu krisis, semangat sebenar sesuatu masyarakat itu akan menyerlah, dan Marsiling telah menunjukkan kekuatannya dengan menonjolkan belas kasihan dan perpaduan,” kata Encik Zaqy, yang juga penasihat akar umbi Marsiling.

Usaha tersebut, yang turut melibatkan sumbangan daripada PCF Marsiling, penduduk, peniaga dan pemimpin masyarakat di kawasan undi Marsiling, bermula dari 2 hingga 17 November, telah melebihi sasaran awalnya iaitu $25,000.

Keseluruhan derma yang dikumpulkan semasa kempen tersebut disalurkan kepada RLAF, yang sedang bekerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi pelarian Palestin untuk memastikan bantuan disampaikan kepada mereka yang paling memerlukan.

Dana tersebut akan digunakan bagi menyediakan bantuan penting, termasuk makanan, bekalan perubatan, dan tempat tinggal kepada mereka yang terjejas berikutan krisis di Gaza.

“Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mengambil bahagian, menyedari bahawa setiap sumbangan, tidak kira saiznya, membuat perbezaan yang bermakna.

“Memandangkan dana ini disalurkan menerusi RLAF dan UNRWA, pihak penganjur yakin dengan ketelusan dan kecekapan proses pengagihan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur pada Rabu.

Berdasarkan maklumat terkini oleh UNRWA, 48 trak yang membawa bekalan kemanusiaan telah memasuki Gaza melalui Sempadan Rafah pada 12 November.

“Sungguh menyayat hati melihat krisis berterusan di Gaza. Apabila saya mendengar tentang bantuan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Marsiling, saya mengumpulkan semua rakan di kejiranan saya untuk mengumpul sedikit dana untuk menyumbang kepada penduduk Gaza.

“Menerusi usaha sendiri, kita hanya boleh melakukan sedikit tetapi bersama-sama sebagai sebuah masyarakat, kita boleh melakukan lebih banyak lagi. Terima kasih Marsiling kerana memberi kami peluang untuk membuat perubahan bagi kehidupan mereka,” kata Cik Rahidah Mohd Noor, seorang pemimpin akar umbi Marsiling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >