Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan Qantas S'pura-London dilencong ke Azerbaijan

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH penerbangan Qantas dari Singapura ke London dilencongkan ke Baku, Azerbaijan, kerana masalah teknikal di kokpit.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa penerbangan QF1 itu berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada 12.44 tengah malam kelmarin menyusuli satu kelewatan selama 49 minit.



Beberapa penjejak penerbangan dalam talian, termasuk laman web Flightradar24 Sweden, berkata pesawat yang menghala ke Heathrow itu mula membunyikan "7700" - kod komunikasi bagi kecemasan - sekitar 10.15 pagi (waktu Singapura), dan membuat pusingan U di ruang udara Georgia berhampiran ibu kota Tbilisi.



Pesawat Airbus A380 itu, yang mula beroperasi pada Ogos 2009, kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di Baku pada 11.07 pagi.



"Penerbangan kami dari Singapura ke London telah melakukan pendaratan tidak mengikut jadual di lapangan terbang Baku di Azerbaijan selepas juruterbang menerima isyarat kerosakan sementara di kokpit," kata jurucakap Qantas bagi menjawab pertanyaan akhbar itu.



Jurucakap itu kemudian menambah bahawa juruterbang telah dimaklumkan tentang kemungkinan wujud asap berkepulan di ruang simpanan kargo.



"Walaupun kejadian ini mungkin dianggap sebagai kerosakan penderia, pesawat itu dilencongkan ke Baku sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan.



"Siasatan awal tidak menemui sebarang bukti asap di dalam simpanan kargo," kata jurucakap tersebt.



Cik Ruth Baker, 50 tahun, seorang warga Australia yang menaiki pesawat itu bersama dua anaknya yang berusia 10 dan 12 tahun, memberitahu ST bahawa sekitar 10 jam dalam penerbangan, anaknya terpandang penjejak penerbangan menunjukkan pesawat itu melakukan pusingan 180 darjah.



"Tidak lama selepas itu, kapten mengumumkan bahawa ada tanda kebimbangan yang wujud sekali sekala berkenaan dengan ruang kargo itu.



"Kapten tenang dan memberikan maklumat lanjut, meyakinkan kami bahawa kami selamat, tetapi untuk memastikan kami dapat melaksanakan langkah 100 peratus berhati-hati, beliau menyatakan beliau perlu membawa kami kembali ke Baku," ujar Cik Baker.



Menurutnya lagi, setelah mendarat kru pesawat memberikan layanan baik manakala kru lapangan terbang Baku di darat sangat mengagumkan.



"Salah seorang daripada mereka memberi kotnya sendiri kepada anak lelaki saya yang berusia 10 tahun yang keletihan dan sarat dengan pelbagai emosi," tambahnya.



Menurut maklumat terkini di Facebook yang dicatat Lapangan Terbang Baku, 356 penumpang berada di dalam penerbangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >